Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Honda pula tarik balik kereta



2010/02/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TOKYO: Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Honda dikatakan menarik semula jualan kira-kira 430,000 kenderaannya di seluruh dunia, kebanyakan di Amerika Utara kerana kerosakan pada beg udara yang dipercayai boleh meletup dan mencederakan atau membunuh penumpang.

Penarikan semula itu turut meliputi jualan di Jepun, Mexico, Taiwan dan Australia, sekali gus meningkatkan jumlah penarikan yang berlaku sejak 2008 menjadikannya lebih setengah juta kenderaan ditarik semula akibat kerosakan yang sama.

Menurut pengeluar kereta kedua terbesar Jepun itu, kerosakan berlaku pada alat pengembang beg udara yang besar kemungkinan boleh pecah, lalu menghasilkan serpihan keluli yang akan melenting melepasi kusyen beg udara yang mana boleh menyebabkan kecederaan atau kematian penumpang.

Kata mereka lagi, antara model kenderaan yang terbabit termasuk Honda Accord, Civic, TL, CR-V, Odyssey, Pilot dan CL di Amerika Utara, sementara Inspire, Saber dan Lagreat dijual di Jepun. - AFP

Kongsi artikel ini menerusi media sosial