Rabu,03 September 2014

Imbau kenangan aiskrim potong

Aiskrim potong mengingatkan kita pada zaman kanak-kanak apabila aiskrim ini sering menjadi pilihan bagi sesiapa saja. Terutama ketika zaman persekolahan, penjual aiskrim potong sering dinanti-nantikan di luar pintu pagar sekolah.

Hari ini ais krim potong boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar seluruh negara. Walaupun ia sudah berubah daripada produk tanpa jenama menjadi pencuci mulut kesukaan ramai, rasanya tetap sama seperti dulu.

King’s baru-baru ini memperbaharui bung­kusan rangkaian konfek­si aiskrim potong keluarannya dengan turut membawakan nostalgia era dulu yang menyeronokkan. Reka bentuk bung­kusan baru membolehkan pilihan lebih mudah dibezakan melalui paparan gambar dan reka bentuk yang kemas.

Apa yang menarik adalah tawaran versi rasa durian yang lebih lazat. King’s Potong kini lebih rasa durian dengan tambahan puri durian sebenar untuk meningkatkan kelazatannya, seakan-akan menikmati keenakan durian yang dibekukan.


Menambah keenakan­nya, King’s Potong diperbuat daripada santan kelapa sebenar yang memberikan rasa asli perisanya.


Aiskrim ini boleh didapati dalam dua format bung­kusan iaitu pek multi dan pek busa. Pek multi me­ngandungi empat varian iaitu kacang merah, pulut hitam, durian dan perisa pelbagai (keladi dan pulut hitam) manakala pek busa pula menawarkan varian kacang merah dan perisa pelbagai.

Produk yang disimpan di dalam pek busa boleh tahan selama dua jam tanpa dibekukan. Pek multi dijual pada harga RM5.40 setiap pek manakala pek busa dijual pada harga RM8.50 setiap pek.

Produk ini boleh didapati di pasar raya dan pasar raya besar terkemuka serta di kedai runcit.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15
`