Sabtu, 26 Julai 2014

Insentif RM500 galak PRS

Kuala Lumpur: Insentif sebanyak RM500 yang diberikan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyertaan Skim Persaraan Swasta (PRS) untuk golongan muda dijangka memberi manfaat kepada golongan usahawan muda selepas tempoh persaraan.

Galakkan itu juga memberi manfaat kepada golongan muda untuk membuat pelaburan bagi tempoh jangka masa panjang yang mana ia memberi pulangan lebih tinggi pada masa depan.


Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA) Datuk Steve Ong berkata, langkah itu menunjukkan pemikiran kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keperluan persaraan masa depan golongan muda di Malaysia.

Beliau berkata, pengenalan PRS juga memberi bantuan kepada kerajaan untuk mengurangkan beban masa depan apabila berhadapan dengan penduduk yang sudah bersara tetapi tidak memiliki simpanan selepas tempoh itu.


“Kami juga giat untuk menarik lebih ramai menyertai skim ini dengan mengadakan kempen dan pengiklanan kepada mereka yang berusia 30 tahun ke bawah kerana mereka boleh menerima lebih banyak manfaat apabila tiba masa untuk bersara.


“Galakkan yang diberikan oleh kerajaan untuk menarik minat golongan muda yang bukan saja di kalangan usahawan tetapi bagi mereka yang ingin menerima manfaat selain daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.

123 N 123 123 N 123

Dalam pembentangan Belanjawan 2014, kerajaan mencadangkan insentif RM500 ringgit secara one-off kepada pencarum yang menyertai skim PRS dengan pelaburan minimum terkumpul RM1000 dalam tempoh setahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/26
http://www.hmetro.com.my/articles/InsentifRM500galakPRS/2013/Article
`