Rabu,23 April 2014

Jalaluddin Abdul Rahman, Ketua Polis Kelantan baru

KOTA BAHARU: Ketua Polis Kelantan yang baru, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata beliau akan memberi fokus dalam memerangi penyeludupan dadah di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri itu.

Beliau berkata Kelantan, yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok seluas 50 meter dengan Thailand, dikenal pasti menjadi antara laluan utama penyeludupan pelbagai barangan termasuk dadah.


Tanpa menyebut statistik kes dadah membabitkan kawasan sempadan negeri itu, beliau berkata memerangi penyeludupan dadah menjadi matlamat utamanya berikutan ia boleh menggugat keamanan kedua-dua negara.

"Saya akan memberi fokus kepada isu dadah di sempadan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Ketua Polis Kelantan, di sini hari ini.


Jalaluddin, yang sebelum ini Timbalan Ketua Polis Johor, menggantikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latihan Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/07/31
`