Jumaat,22 Ogos 2014

Jalani pemeriksaan barah payudara

SAYA berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Ketinggian saya 150 sentimeter dan berat sekadar 43 kilogram.

Saya sering takut untuk membaca kisah mengenai barah payudara. Masalahnya, saya mempunyai saiz payudara yang agak kecil berbanding wanita lain seusia saya. Payudara saya juga sering sakit apabila ditekan dan tidak sama saiz (payudara kiri lebih besar daripada kanan).

Saya pernah membuat pemeriksaan sendiri di rumah tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Saya terlalu risau, adakah saya berisiko untuk menghidap penyakit barah payudara? Untuk berjumpa doktor saya terlalu takut.

Saya berharap doktor dapat memberi penjelasan mengenai sakit yang saya alami.


NURUL,

Shah Alam, Selangor



SUKAR untuk menilik keadaan payudara dari jauh. Pemeriksaan doktor dapat membantu mengesan keabnormalan pada payudara. Anggapan mengenai
saiz juga berbeza mengikut penilaian atau keinginan individu.

Ketakutan berjumpa doktor perlu diatasi. Sekiranya benar mengalami penyakit, membiarkannya lebih lama boleh menyebabkan ia menjadi lebih nyata atau teruk. Anda masih muda, risiko kanser payudara lebih rendah tetapi ia masih boleh berlaku.

Doktor juga boleh mengajar semula anda mengenai cara pemeriksaan sendiri payudara dengan teknik yang betul. Memadai pemeriksaan doktor setahun sekali atau jika perlu dan anda memeriksa sendiri setiap bulan untuk mengesan sebarang perubahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/19
`