PENGKALAN CHEPA: "Saya sudah rasa tidak sedap hati ketika kali terakhir melihat arwah pada 27 Disember lalu, tapi tidak pernah terbayang akan berlaku perkara buruk.
PENGKALAN CHEPA: "Saya sudah rasa tidak sedap hati ketika kali terakhir melihat arwah pada 27 Disember lalu, tapi tidak pernah terbayang akan berlaku perkara buruk.
Ghani berkata, ketika itu dia menyedari perubahan pada raut wajah arwah yang agak lain berbanding dua anaknya Ridzhan, 11, dan Roslali Idayu, 25, yang turut ke Kuala Lumpur.
Katanya, sebelum kejadian dia juga sempat meraikan Aidiladha bersama arwah di rumah mereka di Taman Uda, di sini, sebelum bertemu kembali selama empat hari itu.
"Saya beli tiket bas untuk mereka tiga beradik (Ridzhan, Roslali dan Ridzalani). Sebelum ini saya dapat rasa seperti ada yang tidak kena, mungkin petanda sebelum ditimpa kejadian ini," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, pelajar tingkatan enam terbabit dikatakan terkejut apabila ternampak polis membuat rondaan sempena tahun baru di kawasan berkenaan sebelum terjun daripada jambatan.
Enam ahli Unit Skuba Bomba Kota Bharu selain enam lagi ahli Bomba Sukarela mencarinya sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan terapung, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.
Ghani berkata, keluarganya turut mendapat bantuan daripada rakan arwah yang baru dikenali 15 hari untuk mencarinya.
"Rakan arwah yang dikenali sebagai 'Hafiz' mencari kami dan memberitahu, dia diamanahkan arwah supaya membantu jika 'terjadi apa-apa' kepada dirinya.
"Apa pun, kami tetap bersyukur sebab mayatnya ditemui semula dalam masa singkat," katanya.
Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd Shukri Ismail, berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.
Katanya, mayat ditemui jam 12.30 malam sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
PADANG BESAR: Seorang tekong darat lari meninggalkan lapan pendatang asing tanpa izin apabila ...