Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Khamis, 23 Februari 2012

KDN serbu jualan amal


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan beberapa serbuan semalam susulan pendedahan Metro Ahad, kelmarin, mengenai ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara terutama sekitar Lembah Klang.

Serbuan berkenaan dilakukan lima anggota KDN di beberapa lokasi yang dikenal pasti antaranya di Sunway Damansara dan sebuah pasar raya di Batu Caves, di sini, bermula jam 11 pagi.


Bagaimanapun, serbuan berkenaan dianggap gagal kerana hanya menahan seorang lelaki berusia 20-an selain merampas 51 cakera padat video (VCD) berunsur nasyid.

Kegagalan itu disebabkan pihak yang mempergunakan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz terbabit menghentikan operasi mereka rentetan menyedari kegiatan haram mereka itu diketahui umum selain bimbang berdepan tindakan undang-undang.


Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Filem & Penguatkuasaan KDN Cawangan Selangor, Noor Aziah Abdullah berkata, lelaki terbabit yang berasal dari utara tanah air memberi kerjasama ketika ditahan. “Kami merampas 51 VCD berunsurkan nasyid bertajuk ‘Serumpun’ di dalam sebuah pasar raya di Batu Caves.


“Bagaimanapun, lelaki terbabit dilepaskan dengan jaminan polis dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (A) Akta Penapisan Filem 2002,” katanya.



Kongsi artikel ini menerusi media sosial



IKLAN




f