TAMPIN: Tanda tanya panggilan telefon yang tidak berjawab akhirnya bertukar menjadi hari paling menyedihkan dan mengerikan bagi seorang pelajar sekolah menengah apabila menemui mayat empat ahli keluarganya yang dibunuh kejam termasuk seorang dipercayai dipenggal kepala di rumahnya yang agak terasing di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, dekat sini, petang semalam.
PILU...anak mangsa ditenangkan ahli keluarga.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Siti Mariam Ismail, 19, hanya mampu menggigil ketakutan apabila menemui mayat kakaknya, Siti Khatijah, 22, terlentang di ruang tamu dengan sebilah pisau terpacak di dada selain mayat datuk dan neneknya berlumuran darah di pintu rumah mereka yang terletak bersebelahan.
Siti Mariam sebelum itu dikatakan berang kerana bapa tidak datang menjemputnya pulang di sekolah berhampiran seperti kebiasaan, malah panggilan dibuat terhadap bapa serta kakaknya juga tidak disambut.
Marah kerana keluarganya tidak datang menjemput, Siti Mariam kemudian menaiki bas awam untuk pulang ke rumahnya, kira-kira tujuh kilometer dari sekolah.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, Siti Mariam kemudian berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer ke rumahnya dan terus memarahi kakaknya yang disangka sedang tidur di ruang tamu.
“Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat pisau terpacak di dada kakaknya menyebabkan dia terus berlari ke rumah datuknya, Atan Daud, 90, yang juga bekas imam kampung itu yang terletak bersebelahan.
“Dia sekali lagi terkejut apabila menemui mayat datuk dan neneknya terbaring di pintu rumah menyebabkan Siti Mariam menghubungi abangnya di Seremban,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
Penduduk itu berkata, abang pelajar berkenaan kemudian menghubungi beberapa rakan sekampung untuk meminta mereka menyiasat kejadian berkenaan, sebelum seorang daripada mereka menemui satu lagi mayat tanpa kepala di lokasi.
Seorang anak Allahyarham Atan yang ditemui malam tadi, Muhammad, 43, berkata kali terakhir dia bertemu bapanya ketika cuti Hari Krismas lalu dan arwah ketika itu agak uzur kerana menghidap sakit buah pinggang.
“Arwah sudah bersara daripada menjadi imam sejak dua tahun lalu dan saya tidak sangka tragedi ini menimpa keluarga kami,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata selain Atan, ahli keluarganya yang dibunuh dalam tragedi menyayat hati berkenaan ialah isteri bekas imam berkenaan, Sufiah Keatas, 80, menantu, Ismail Awang, 76, dan cucu, Siti Khatijah.
Beliau berkata, tiga mayat mangsa dijumpai dalam sebuah rumah manakala Siti Khatijah ditemui dalam rumah bersaingan dengan pisau masih terpacak di dada. Menurutnya, pembunuh juga disifatkan sangat kejam kerana Ismail ditemui dalam keadaan kepalanya terputus, manakala Atan putus tangan kiri dan isterinya pula putus tangan kanan, dipercayai akibat cuba menghadang tetakan.
“Setakat ini, polis menolak kemungkinan kejadian bermotifkan samun disebabkan wang dan barang kemas tidak diusik selain menemui pisau serta parang yang dijadikan senjata pembunuhan.
“Pembunuhan itu juga dipercayai berlaku di sebelah pagi, tetapi polis tidak menemui sebarang kesan pergelutan,” katanya.
Sehubungan itu, Osman berkata, polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki bernama Rashidi, 34, iaitu anak kepada Ismail bagi membantu siasatan.
“Dia dipercayai menaiki sebuah motosikal Suzuki bernombor pendaftaran BAY 2805. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Sementara itu, jenazah keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat, malam tadi.
Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :
Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai Komen Pembaca
ya alllah dimanakah letaknya akal manusia hari.sudah hilang pedoman agaknya...salam takziah~
juanwan
Takziah pada keluarga mangsa...
Sama-sama kita doa semoga rohnya di cucuri rahmat Allah s.w.t...JIKA KITA DI PIHAK BENAR ALLAH AKAN TUNJUKKAN PADA KITA YANG SEBENAR..Kesabaran, dugaan dan rintangan selalu menguji kita untuk kita terus beriman kehadrat-Nya..Sedekah al-fatihah ke pada mangsa..Al-Fatihah......Amin..
Biey
Takziah kepada keluarga mangsa,semoga roh mereka dicucuri rahmatNya,banyak banyak bersabar,insyaallah mereka yang terlibat dalam pembunohan yang paling kejam ini akan dapat ditangkap dalam waktu terdekat ini dan dibawa kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatannya itu.Yakinlah kepada pihak Polis DiRaja Malaysia dalam usaha keras mereka untuk menyelesaikan kes ini dalam masa yang singkat......
Ruszaini Dang Ismail
Takziah buat keluarga mangsa. Hanya orang yang hatinya jauh dari mengingati Allah saja yang sanggup melakukan perbuatan kejam ini. Sudah pasti hati si perlaku tidak akan tenteram dan tidak tenang sepanjang hayatnya selagi dia tidak bertaubat dan menerima balasan yang setimpal. Pasti tidur malamnya tak akan tenang. Al Fatihah
amina
semoga ahli keluarga tabah menghadapi dugaan, takziah.
maliana
takziah kepada keluarga mangsa.. mengapa manusia sekarang makin kejam..bunuh,rogol semuanya berlaku di dunia ini.. saya rasa takut untuk keluar rumah sebelum ini namum sekarang duduk dirumah sendiri pun dah tidak selamat.. apa nak jadi?
adik
x thu nk ckp. npe r gn org yg bunuh 2. mcm org x beriman.. smoga pembunuh 2 dpt ditangkap dn dijatuhkn hukuman yg setimpal.. amin..
fifi
takziah untuk keluarga mangsa....manusia sekarang sudah hilang tamadun dan tidak dapat berfikir dengan waras....dunia akhir zaman....insaflah wahai umat manusia..kejamnyar perbuatan mu dia atas muka bumi Allah ini...
fiza
masya allah.....tak dpt nk bayang kan macam mana kalau ia berlaku paa keluarga kita sendiri...takde perikemanusiaan langssung....kita ramai-ramai sedekahkan al fatihah utk keluarga mangsa....
muiz kuantan
apa nak jadi dengan dunia sekarang bunuh dah jadi macam mainan.mana perginya pertimbangan dan rasa kemanusiaan.buat keluarga allahyarham takziah.
ain
ya allah ya tuhan ku,bukakanlah pintu hati manusia yang zalim semoga ia kembali ke pangkal jalan..wslam
radzuan
Pertama saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. saya sungguh tidak faham mengapa harus ada orang yang berbuat demikian dibumi Malaysia yang aman damai ini. semuga allah mencucuri rahmat keatas roh mangsa........amin.
mutalib Idris
subhanallah..terlalu ramai manusia yang berhati kejam & tidak berperikemanusiaan di zaman ini. semoga roh mereka dicucuri rahmat mereka di tempatkan di kalangan org yg beriman dan beramal soleh..
fayleena
Takziah kepada keluarga mangsa ,amin.. semoga pembunuh yang kejam dapat menerima balasannya.
norini jamilah hj arshid
semoga mereka di letakan di kalangan org2 yg beriman...amin
ana
Kembali lah semula kepada ajaran islam dan didiklah anak anak kita semoga peristiwa sebegini tak berulang dalam masyarakat kita .insyaallah
FAISOL MOHD MUJI
ya allah,..ape la kejam sgt perangai dy nih,,smpai sggup bunuh mcm tuh skali..al fatihah kte sedekahkan untuk mangsa,..
athirah
di mana hilangnya kewarasan fikiran hamba Allah yang sanggup melakukan perbuatan ini...
JUMIATI BINTI GENIENG
zaman sudah berubah....manusia tidak lagi mengenal erti kasih sayang dan belas kasihan sesama insan...masih ada yang sanggup membunuh saudara sendiri bahkan ada juga yang membunuh kanak2 kecil....kasihani mereka...
are_you245
Semakin hari semakin terhakis sikap kemanusiaan dari diri insan. Bila nafsu menjadi pegangan, hati memberi arahan manusia semakin kejam dan lupa pada penciptaNya.. Al Fatihah utk semua mangsa yang terlibat..
Warisan
takziah pada kluarga siti mariam ismail..pembunuh yang kejam ingat lah bahawasanya anda sangat di laknati ALLAH,sepandai-pandai tupai melompat pasti jatuh ketanah jua,moga pihak polis berjaya memberkas pembunuh kejam berkenaan.
mohd razid bin andi
owg yg bunuh tu mmg kjam...hrus terima hukuman yg pling brat....suka hati dia jer nk bunuh owg
firdaus
sgt zalim!! takziah wat kluarga mgsa.kpd pnjenayah,tggu balasan psti akan tiba
efa
ya Allah..kasihani dan tempatkan mereka dikalangan orng beriman..
Al-fatihah..
nurul aida
Al-Fatihah,
semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para solihin..Takziah buat keluarga adik siti mariam. Diharapkan agar tabah menghadapi dugaan ALLAH
syana ishak
Subhanallah.. sedih dan pilu bila baca artikel ni.. Apa sudah jadi dgn dunia kita sekarang.. Pembunuhan seperti ini datang bertalu-talu di negara kita yang dikatakan aman.. Rasa tidak selamat ketika berada dimana-mana pun. Ajal dan maut ditangan tuhan, tapi kita sebagai manusia, janganlah berjiwa binatang sehingga sanggup bermain darah manusia. Subhanallah, nauzubillah..
Mastura Bt Md Safar
astafirullahalazim..mmg berhati binatang siape yg melakukan pembunuhan itu..
terkajut dgr brite ni pagi td sblum pergi keje..apepun takziah kepsda keluarga mangsa..al-fatihah..
Lily Lanisy
takziah buat keluarga mgsa...semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 y beriman
raja
takziah buat keluarga mangsa....harap pembunuh dpt dikesan...
Oya
al-fatihah...ksian dorng..arap2 pbunuh tu dpt tgkp..
iema
kejam!memang sungguh kejam.semakin ramai manusia yang sakit jiwa.potong kepala sesuka hati, kerat sana kerat sini,aduhai sungguh tragis...
nur qistina batrisya
Mengapa semua ini terjadi....dimanakah nilai2 kemanusiaan.....semuga adik Siti Mariam tabah menghadapinya...al-Fatiha
Raz Dora
Takziah buat ahli keluarga mangsa..
Engku Kasmalyati
kejamnya...takziah buat keluarga mangsa
shihah
kepada pembunuh tersebut...neraka jahanam tempat paling sesuai
FARAH
Tak layak di pangil manusia yang melakukan perbuatan yang zalim, neraka tempatnya
ita ceria
adakah orng bunuh itu memang ada psychiatric problem..?family problem..whatever..mmg menyedihkan...inilah PDRM kena selesaikan secepat mungkin..inilah ..pentingnya..didikan agama untuk membimbing mereka dalam kehidupan diduniawi hari ini...
lilyroslaini
Takziah.. buat keluarga. Buat Siti Mariam, bersabar yea dik... itu dugaan besar buat anda.
manusia dh tak berperi kemanusiaan
Anuar
Subahanallah.... Moga roh mereka dicucuri rahmat..Amin
Zimah
Al-Fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Sama-samalah kita mendoakan yang melakukan jenayah ini dapat di berkas dengan segera. Amin...
Ali
bila amarah menguasai diri...hilang nilai kasih sayang...jgn kita seperti mereka yg tidak berhati perut..sedih walaupun bukan keluarga sendiri....takziah sesungguhnya Allah itu adil...
haslina_hk
Manusia semakin hilang pertimbangan. Sifat kemanusiaan semakin terhakis dalam hati manusia. Manakala sifat kebinatangan semakin subur. Prrlu ada pendekatan utk memanusiakan kembali manusia di abad ini.
zaidi rustam
manusia semakin hilang pedoman.ahli keluarga sendiri pon dah tak ingat
aza elliani
Kejadian amat tragis dan menyentuh perasaan. Kenapa perkara yang seberat ini menimpa keluarga berkenaan. Apa penyebabnya, adakah anak-anak sekarang sudah tidak boleh menggunakan akal fikiran sebelum bertindak dan jangan terlalu mengikut perasaan.
Haizah bt Mohd Yusoff
kenape dunia sekarang dah hilang nilai murninya dek kerana perbuatan manusia.Manusia lebih mementingkan harta dan kewangan daripa agama.itu yang terjadi.Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka.AMIN
raazizah
bila manusia sudah jauh daripada ugama,pertimbangan akal semakin terhakis. semoga roh kalian dicucuri rahmat oleh tuhan kepada keluarga berkenaan banyak2 lah bersabar.alfatihah
Norhayati Abdul Ghaffar
Salam takziah kepada keluarga mangsa... Semoga penjenayah terbabit mendapat hukuman setimpal.
Sunarti Bte Ahmad
moga sapa yg melakukannya mendapat hukuman yg setimpal didunia dan akhirat
khairul
sedih sungguh. Sudah hilangkah nilai2 iman umat islam hari ini. Jangan terlalu alpa dgn kehidupan hari ini kembalilah hidup berpandukan al-quran
yanti
bila tahap keimanan semakin kurang..manusia menjadi lebih keji dan hina dari binatang..Takziah dari saya..
lamps
semoga mereka ditempatkan dalam golongan yang soleh dan solehah
kin
subhanallah.. Al-fatihah..
wan ismail
takziah kpd siti mariam dan abangnya..pembunuhan ini amat kejam.tiada kepermanusiaan langsung...diharap pihak berkuasa dan masyarakat dapat berganding bahu menyiasat kes ini...harap manusia yang bertanggungjawab ini mendapat pembalasan yang sewajarnya...
noja
SUNGGUH MEMILUKAN..KENAPA KES PEMBUNUHAN TERJADI.SALAH SIAPA?SALAH DIRI SENDIRI?PENGARUH KAWAN?PENGARUH PERSEKITARAN?PENGARUH KEWANGAN?..APA YANG TERJADI INI AKAN MENJADI PENGAJARAN KITA SEMUA..SALAM TAKZIAH DARI SAYA..MOGA ARWAH DI TEMPATKAN DENGAN GOLONGAN BERIMAN AMINN..AL FATIHAH.
Otai PENAMPANG SBH
Ya Allah ya Tuhanku ampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka bersama-sama org yg beriman dan beramal soleh. Amin
Eja 23
Astaghfirullah hal adzim... kelu lidah untuk berkata-kata,masya allah.. Apa la nak jadi dengan umat islam akhir zaman ni.. beginilah bila nafsu telah menguasai diri maka hilang lah sifat berkasih sayang sesama manusia. nauzubillahiminzalik...
Nyawa manusia sudah tidak beharga, pembunuhan semakin berleluasa... Apakah manusia sudah kembali dizaman tidak bertamadun... Mana perginya akal, pertimbangan dan kewarasn manusia yg hidup dizaman pemodenan..
sham
Memang kejam penjenayah yang melakukan pembunuhan itu. Patut dikenakan hukuman gantung sampai mati
IRMA
Anggota polis kita terlatih dan cekap dalam mengendalikan kes-kes yang begini, serahkan kepada mereka yang berwajib menjalankan tugas mereka. Semua rakyat Malaysia marilah berdoa semuga roh mereka yang terinaya dicucuri rahmat Allah Amin... Rakyat Malaysia marilah berkerjasama dengan yang berwajib sama-sama menangkap orang yang bersalah untuk diadili dan menerima hukuman yang setimpal.
Jamaliah binti Moin
takziah bt keluarga Al-fatihah amin...
farra jai
Amat tragis yang menimpa keluarga siti mariam ini, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham.Amin.Harap pihak berkuasa dan masayarakat,sama2 membantu mencari penjenayah yang kejam itu secepat yang mungkin.
waja.
takziah buat keluarga ...
masyarakat sekarang harus sedar didikan agama dan akademik harus selari...
merdekakan minda dari pengaruh luar dan syaitan..
en neo
Pembunuh ni mungkin khayal atau dipengaruhi dadah semasa lakukan pembunuhan kejam ni. Apa2 pun hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui apa yang berlaku. Al-Fatihah kepada para arwah...
Abul
HARAP PIHAK POLIS DAPAT SELESAIKAN CEPATNYA.. JANGAN TANGGUH LAGI KES INI..TERLALU KEJAM.. Adakah dia ini manusia@ binatang..TERLALU JAHAT..
Lena.ahmad
takziah kpd keluarga mangsa,hrp suspek dpt ditangkap dan diberi pengadilan yang setimpal..setiap pebuatan itu ada balasannya.Allah itu maha adil..al-fatihah
insan simpati
kejam dan hina sungguh sifat si pelaku ini..
hadiyairish
manusia sudah hilang pertimbangan dan kawarasan kerana kecetekan agama dan kecelaruan hidup..akhir zaman... al-fatihah
Gjan
sgt mengerikan..kenapa manusia skrg bersifat binatang dan tidak berperikemanusiaan..nyawa manusia skrg mcm dh xde nilai dn tak berharga..sedih sgt dgn situasi yg berlaku di malaysia skrg..suma berada dlm ketakutan..bila2 je dn di mna2 sj ada kematian..
matahari indah
Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa.
Sabar, tenang dan bykkan istighfar...
abeyie2000
ya ALLAH! tak terkata sedihnye...berharap PEMBUNUH dpt hukuman setimpalnya!
sumayyah
Kepada PDRM Negeri Sembilan, kredibiliti PDRM dalam menyelesaikan kes ini amat diharapkan dan dihargai.
Delta81P51
ya Allah...kejamnye manusia bile tidak lg menggunakan akal kurnia Allah...
setiap seseorang boleh hilang kawalan...bila nafsu menguasai akal...mungkin berlaku kecelaruan fikran antara faktor keaadaan ini terjadi...keterdesakan memerlukan wang juga antara faktor pekara ini boleh terjadi sama ada untuk mendapat bekalan dadah,buruan along ataupun hutang bank terlalu banyak...motif dendam salah faktor yang kuat memungkin seseorang bertindak diluar batasan...kekecewaan yang amat sangat menyebabkan seseorang hilang pertimbangan.
Azwan
Saban hari makin byk kes² pembuhan kejam berlaku dlm negara. Kalau dibandingkan dgn 15 thn dulu, kes² seperti ni jarang² je dpt kita dgr dlm berita negara kita. Sekarang blh dikatakan setiap mgu ada je kes² seperti ini. Adakah ini berpunca dr kehadiran pendatang yg masuk ke negara semakin tak terkawal atau ada sbb lain? sama² kita fikirkan.
Myste Ateh
salam takziah....kpd yang berkenaan siasatlah...org x berdosa dijadikan mgsa....al-fatihah......
mimiedianza
Patut dihukum bunuh diatas perbuatannya. Ini
baru dunia. Hukuman akhirat lagi berganda. Semoga allah mencucuri rahmat keatas roh mereka. amin.
RUBIYAH BTE AHMAD
sungguh memilukan
shira
memang hati binatang betoi si jahat tu..berani sungguh..tak takut hukuman dunia apatah lagi hukuman di akhirat nanti..
Lina
takziah pd famili...al-fatihah...manusia yg xde perasan nie hrs dhukum...
anis
Tiap seorang tidak akan terlepas daripada balasan..dengan apa yang pernah dilakukan
fauzi.manan
bila agama jauh dr kehidupan manusia.. manusia akan jadi lebih kejam dari binatang
deen
nauzubillahminzalik..jauhkanlah perkara begini terjadi kepada kita semua..Alfatihah buat mangsa...semoga roh mereka dicucuri rahmat dan pembunuh tersebut mendapat balasan yang setimpal dunia & akhirat...
as
astagfirullahalazim...kejam..zalim...
pink
Innalillah, takziah kpd ahli keluarga.
terkejut biler bace berita nie coz ianya berlaku sblh my kampung nie.
terlalu kejam...tidak ada kah lagi nilai2 kemanusiaan dn kasih sayang sesama manusia hingga sanggup membunuh...apa kah dosa mereka...alfatehah..semoga roh mereka d tempat kn bersama2 para mukmin..
ari ati
Takziah utk keluarga Allahyarham.Harapan saya semoga dalangnya dapat ditangkap secepat mungkin dan dikenakan hukuman yg paling berat.
Saiful Izlan
takziah...
sama2 kita sedekahkn fatihah...
marini murni
sungguh menghayat hati..manusia skrg ini sudah tidak berkeperimanusiaan...tidak takut akan azab api neraka kelak...al-fatihah
juliana
manusia semakin hilang pertimbangan dan kawarasan kerana kecetekan agama dan kecelaruan hidup..akhir zaman...
hazlin
takziah utk ahli keluarga yg terlibt.berdoalah wahai rakyat Malaysia,semoga dalangnya dpt dketahui segera.
ailaaqua_kbx
takziah buat keluarga pak atan semoga tabah menghadapi cobaan ini Allah lebih sayang pada mereka dan semoga roh pak atan,istri,menantu dan cucunya ditempatkan disisi orang2 yang soleh
tengku nurdin
Gerun baca artikel nie.Penjenayah yg tidak ada hati perut. Minta di jauhkan la malapetaka seperti ini dari keluarga.
miss_aqiela
mmg tak berperi kemanusiaan sesiapa yang sanggup mengambil nyawa arwah2 tersebut...al fatihah buat arwah2 tersebut moga di rahmati Allah roh2 mereka.Moga pembunuhnya kan ditangkap segera...rejam je sampai mati....
wan wanfadzilla
innalillahiwainnailaihirajiunn,,,,nape dunia sekang nie!!!!!!!takziah kepada keluarga mangsa...hope tnang n redha dgn ap yg berlaku,,,,setiap kejadian ader hikmah,,,,,jgn iringi pemergian mereka dgn air mata,tapi iringi lah dgn doa...insyllah,,,
udha
terlalu kejam..
harap agar pembunuh kejam tersebut dapat ditangkap dan dihukum dengan seadilnya.
alami
sangat2 kejam..cari sampai dapat siapa pembunuh mereka..x tau g nk cakap pe..syaitan merasuk agaknya..
sabani
sadis betul...kejam betul pembunuh tu.mmg patutlah kena hukum gantung sampai mati
yana
pembunuhan ini amat kejam,saya berharap pihak berkuasa dpt mencari siapa pembunuh nya dan beri hukuman yg berat terhadapnya.
mohd yatim mohamad
salam...kenapa perkara ini mst terjadi...?kalau ada masalah,,bebincangkan elok...
perkara ini amat dilaknat Tuhan...
sue
zalim sungguh manusia skarang ini. tak ada hati perut langsung........... tak takut azab ALLAH kerrr???
ameera
kemanakah hilang akal fikiran manusia yang waras sehingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri .
al-fatihah untuk keempat-empat mangsa.
suhana noor wavi
MasyaAllah..kejam!Siti Mariam bersabar..InsyAllah arwah kluarga anda dicucuri rahmat..
farahnajwa
Salam. Mengapakah manusia sudah hilang rasa takut dengan Allah dan menghindarkan apa yang menjadi larangannya. Hilang sudah rasa perikemanusiaan dan kasiahan terhadap insan lain. manakah perginya ajaran Islam yang menjadi asas kepaa kesejahteraan umat kini. Muhasabahlah diri....
Amit Awang
MasyaAllah..kejam!Siti Mariam bersabar..InsyAllah arwah kluarga anda dicucuri rahmat..
farahnajwa
Kejam & tak sepatutnya berlaku ini kerana sebagai umat islam & negara yang aman n makmur kejadian ini tidak sepatutnya berlaku
Afida Hj Mohamed
"ya allah" kenapa kejamnya manusia itu dah jadi hati binatang,kenapa sanggup membunuh........"semoga jenazah sekeluarga itu dicucuri rahmat"aminnn......... untuk pihak yang berkuasa pastikan penjenayah itu ditangkap dah sabitkan hukuman yang berat sebelum hukuman gangtung dibuat,bagi dia rasa seksanya org yang diperlakukan oleh penjenayah berkenaan
anor
kejam sungguh...
Acap Sham
Innalillah.. Semoga arwah ditempatkan disisi org2 yg beriman..dan moga Allah memberi balasan kepada pembunuh tersebut..
masayu.ibrahim
takziah wat kluarga imam....YaAllah.......mane sifat kmanusiaan orang yg sanguop wat sume nie.........
hey_mixa
dimanakah letaknya hati dan perasaan manusia skrg...