Isnin,22 September 2014

Keputusan Peraduan Mudah Menang

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

KUALA LUMPUR: Peraduan Mudah Menang Harian Metro minggu kelima terus mendapat sambutan hangat dengan empat lagi peserta yang memberikan jawapan tepat dan slogan terbaik dipilih sebagai pemenang bagi minggu terakhir peraduan itu, semalam.

Setiap pemenang bakal menerima hadiah mingguan berupa iPad 3G iaitu sebahagian daripada hadiah keseluruhan bernilai lebih RM350,000.

Minggu kelima itu menyaksikan lebih 12,000 penyertaan diterima, menjadikan jumlah keseluruhan 70,000 penyertaan sejak peraduan berkenaan dilancarkan pada 31 Januari lalu.

Pengarang Eksekutif Pengeluaran Harian Metro, Ahmad Salim Bachok berkata, semua pemenang mingguan dijemput menghadiri majlis pemilihan 20 pemenang utama yang bakal diadakan jam 3 petang pada 22 Mac ini di Balai Berita Kuala Lumpur.


Beliau berkata, nama pemenang utama yang dipilih pada petang Selasa depan itu akan disiarkan di akhbar ini dan mereka dikehendaki hadir pada Konsert Terima Kasih Harian Metro di Dataran Merdeka pada 26 Mac depan bagi menentukan hadiah yang bakal dimenangi.


“Setiap pemenang berpeluang membawa pulang sama ada dua kereta Peugeot, lapan pakej pelancongan destinasi antarabangsa atau 10 motosikal Honda Wave,” katanya selepas membuat pemilihan pemenang mingguan sambil disaksikan Eksekutif Penjenamaan Harian Metro, Zurani Abdullah, semalam.

Jawapan yang betul untuk peraduan minggu kelima Mudah Menang bagi Isnin adalah C, Selasa C, Rabu C, Khamis B, Jumaat C dan Sabtu adalah B.

Berikut nama empat pemenang minggu kelima Peraduan Mudah Menang Harian Metro:

  • Mohd Hafizi Muhd Akhir, Blok 22-15-13, Taman Midah Ria, Jalan Midah 8A, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.

  • Azizar Bukhari, 3, Jalan Ru 12, Taman Rambai Utama, Bukit Rambai, 75259 Melaka.

  • Weenie Ab Kadir, A-3-10, Pangsapuri Seri Sentosa, Jalan SP 3/1, Seksyen 3, Saujana Puchong, Bandar Putra Permai, 47100 Selangor.

  • Nur Amalina Md Daut, c/o Credit Control & Supervision Public Bank Berhad, Tingkat 14, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

    Pihak urusetia turut menjemput ksemua pemenang dari Minggu 1 hingga Minggu 5 peraduan ini untuk menghadiri majlis pemilihan 20 pemenang utama Peraduan Mudah Menang di Balai Berita pada 22 Mac ini kerana penyampaian hadiah mingguan iPad kepada mereka akan turut diadakan pada majlis berkenaan.

    Berikut adalah nama 16 pemenang dari Minggu 1 hingga Minggu 4:
    Mohd Adli Mohammed Zailani (Selangor), Haslina Masni Mohamad Khotib (Pulau Pinang), Zainun Saat (Kelantan), Saiful Bahri Zakaria (Johor), Mohd Hafiz Halidi (Selangor), Aimi Syafiqah Ismail (Perak), Nurul Aiman Mohamad (Kelantan) dan Faezah Mohammad Shaffi (Negeri Sembilan).

    Azlina Ab Aziz (Kelantan), Norlaila Hanuar (Negeri Sembilan), Mohd Amini Ahmad Sayuti (Perak), Rohapidah Harun (Kuala Lumpur), Syarifah Radziah Syed Khairuddin (Negeri Sembilan), Mohd Amran Mohd Arshad (Pulau Pinang), Sabitah Abu Bakar (Pahang) dan Izuana Mahmad Sani (Pahang).

    Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/19
  • `