Jumaat, 18 April 2014

Keputusan kes PKFZ 25 Oktober

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Oktober ini untuk keputusan kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa menipu Kabinet berhubung pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak semalam.


Dr Ling, 70, membela diri atas tiga tuduhan menipu Kabinet untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ mengikut terma dipersetujui di antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Dia didakwa tidak mendedahkan faedah 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah berasaskan kadar RM25 bagi keluasan 30.48 sentimeter persegi iaitu RM1,088,456,000.

123 N 123 123 N 123

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/07
http://www.hmetro.com.my/articles/KeputusankesPKFZ25Oktober/2013/Article
`