Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Jumaat, 03 September 2010

Kes 3 lelaki bakar gereja disebut 13 April



2010/03/12
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 13 April untuk sebutan kes terhadap dua beradik dan seorang lagi rakan mereka atas pertuduhan membakar gereja Metro Tabernacle awal Januari lalu.

Hakim S M Komathy Supiah menetapkan tarikh itu sementara menunggu laporan perubatan daripada doktor yang merawat tertuduh.

Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, adiknya Raja Mohamad Idzham, 22, dan Azuwan Shah Ahmad, 23, didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas melakukan khianat dengan membakar Metro Tabernacle Church AG di No 28, Jalan 4/4c, Desa Melawati, di sini pada 11.50 malam, 7 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua mereka yang bekerja sebagai penghantar surat, didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Idzham diwakili peguam Zambri Ibrahim sementara Rosal Azimin Ahmad pula diwakili oleh peguam Azuwan Shah. - Bernama

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


IKLAN


iklan
iklan

iklan
iklan