Khamis,10 Julai 2014

Khidmat Ar-Rahnu di Pos Malaysia

POS Malaysia Bhd (Pos Malaysia) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) menandatangani perjanjian perkongsian strategik untuk menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada orang ramai di cawangan Pos Malaysia terpilih di seluruh negara.

Ketua Eksekutifnya, Khalid Abdol Rahman berkata, sebagai permulaan, perkhidmatan ArRahnu@POS akan beroperasi di Pos Malaysia Bandar Baru Bangi dan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu bulan depan.


“Perkhidmatan ini akan diperluas beransur-ansur ke 50 cawangan Pos Malaysia dalam tempoh setahun,” katanya sambil menambah bahawa sistem pajak gadai Islam akan diuruskan anak syarikat Pos Malaysia, Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd.

Menurutnya, memandangkan permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan Ar-Rahnu, cawangan Pos Malaysia yang terletak di lokasi strategik akan memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menjalankan transaksi Ar-Rahnu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/06/28
`