Rabu,03 September 2014

Kisah pengorbanan anak demi ibu

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Meskipun tidak diraikan semeriah Aidilfitri, Hari Raya Haji atau Aidiladha tetap penting kepada umat Islam di seluruh dunia. Bahkan Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada penganut Islam.

Salah satu keistimewaan Aidiladha pastinya ibadat korban. Ia dilakukan dalam masa empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Maksud korban dari segi bahasa membawa pengertian dekat manakala dalam sudut istilah pula bermaksud menjalankan perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Menyedari perlunya kesedaran meraikan Aidiladha, stesen pilihan ramai TV3 tampil mempersembahkan beberapa program istimewa antaranya telefilem Pelita Tanpa Sumbu arahan sutradara Heykal Hanifah dan skrip nukilan Mama Bella.


Menampilkan gandingan pelakon hebat Faezah Elai, Wan Sharmila, Awal Ashaari, Hairi Safwan, Fauziah Nawi dan adik Puteri Shasha, Pelita Tanpa Sumbu dilihat menjadi wadah terbaik untuk tontonan sekeluarga sempena Aidiladha.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12
`