Sabtu,12 Julai 2014

Kompilasi lagu raya

Oleh Nor Akmar Samudin

TIDAK sempurna menyambut hari raya jika tidak mende­ngar alunan lagu lebaran. Seperti mana saban tahun, Warner Music Malaysia mengeluarkan album kompilasi lagu raya yang berjudul Pilihan Hari Raya.

Album itu memuatkan 23 lagu raya nyanyian artis popular baru dan lama. Antara lagu raya terbaik pilihan sepanjang zaman, Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma), Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah), Dari Jauh Kupohon Maaf (Datuk Sudirman Arshad), Dendang Perantau (Tan Sri P Ramlee) dan Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon (Al Mizan).

Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa kehadiran lagu baru. Bagi memperkayakan khazanah lagu raya, album ini turut menampilkan lagu baru yang berjudul Kemaafan Lebaran hasil kolaborasi Firdaus dengan Faris (Awanband) dan Youk (Bunkface). Lagu rancak itu berinspirasikan elemen moden, sekali gus menyumbang kesegaran pada koleksi lagu raya yang sedia ada.

Album ini turut memuatkan lagu mix nyanyian Datuk DJ Dave bertajuk Menjelang Hari Raya. Nada dering lagu ini boleh didapati secara eksklusif oleh pengguna Celcom dengan hanya mendail *888*164166# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my.


Album kompilasi itu dijual pada harga hanya RM20.90.


Lagu lain yang terdapat dalam album itu ialah Takbir Raya, Seloka Hari Raya, Menjelang Hari Raya, Salam Aidilfitri, Suasana Di Hari Raya, Selamat Hari Raya, Pulang Di Hari Raya, Kepulangan Yang Ku Nanti, Aidilfitri, Bila Takbir Bergema, Hari Mulia, Suasana Hari Raya, Suasana Riang Ria Di Hari Raya, Indahnya Beraya Di Desa, Cahaya Aidilfitri dan Menjelang Hari Raya.

Buat julung kalinya, Warner Music Malaysia menampilkan kompilasi VCD khas buat sambutan Syawal kali ini dengan klip video lagu raya kegemaran ramai yang memuatkan 14 klip video oleh artis popular tanah air.

Klip video yang dimuatkan dalam VCD itu termasuk Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah), Gurindam Di Pagi Syawal (Jay Jay), Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz), Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon (Al Mizan), Lambaian Aidilfitri (Jamal Abdillah & Saleem), Salam Dunia (Datuk M Nasir), Pengertian Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid), Hari Raya Bahagia (Jay Jay), Kurniaan Di Hari Raya (Feminin), Sampaikan Salamku Di Hari Raya (Jamal Abdillah), Bingkisan Untuk Perwira (Datuk Khadijah Ibrahim), Selamat Hari Raya (Al Mizan), Marhaban (Al Mizan) dan Alhamdulillah (Al Mizan).

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/26
`