Khamis,02 Oktober 2014

Koperal dilapor hilang

Oleh Mohammad Ishak

Jertih: Seorang anggota tentera dilaporkan hilang dari tapak perkhemahan di Air Terjun Lata Belatan, dekat sini pagi semalam.

Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 30, dari Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu dilaporkan hilang kira-kira jam 7 pagi semalam.

Kehilangan anggota tentera terbabit disedari pasukannya ketika panggilan nama mangsa dibuat sewaktu raptai perbarisan.

Seramai 50 anggota penyelamat kini giat mencari mangsa di sekitar Air Terjun Lata Belatan dan Gunung Tebu sejak semalam oleh Polis, Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Foto

Kpl. Nik Azizi Mohd Nor


Unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan turut digunakan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20
`