Sabtu,20 September 2014

Kraf felt sang kumbang

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

Sekiranya ada yang mengatakan jahitan kraf suatu perkara remeh dan hanya boleh dipelajari mereka yang memiliki kepandaian menjahit, ternyata ia bukan halangan untuk melakukannya.

“Saya bukan tukang jahit profesional malah hanya mengetahui asas jahitan saja, tetapi disebabkan kesungguhan untuk mempelajarinya, ia kini menjadi sumber kewangan yang menguntungkan.

“Asas paling penting, setiap jahitan untuk mencantumkan bahagian felt perlulah kemas supaya bentuknya kekal lama dan tidak mudah rosak,” kata pengasas perniagaan kraf dalam talian jenama Kraft At Kerawitkraft, Qaseh Qutranunnada.

Bahan yang digunakan juga mudah dan ringkas. Tidak perlu mendapatkan barangan khusus kerana apa yang menjadi keperluan hanyalah bentuk yang ingin dihasilkan serta ketelitian dan kekemasan jahitan.

Foto

Foto

GUNAKAN gam Uhu dan sapukan di bahagian bawah dan tampal dengan felt berlainan untuk dijadikan sebagai penutup kepada bahagian fiber tadi. Jahit kawasan sekeliling felt yang baru ditampal agar kemas.

Foto

TAMPAL mata mainan palsu di bahagian hadapan dan tambah potongan felt kecil di belakangnya.

Foto

TAMPAL mata mainan palsu di bahagian hadapan dan tambah potongan felt kecil di belakangnya.

Foto

SEMPURNA gubahan kraf felt bentuk sang tebuan yang menarik.

Foto

POTONG ikut kertas surih yang digunakan sebagai penanda bentuk yang ingin dihasilkan. Bentuk yang diingini ialah seperti bentuk telur - lonjong.

Foto

KEMUDIAN potong sebahagian bahagian bawah mengikut bentuk separuh bulatan.

Foto

POTONG kembali felt mengikut bentuk bahagian yang dipotong awal tadi.

Foto

TAMPAL menggunakan gam Uhu kedua-dua bahagian berlainan warna berkenaan.

Foto

UNTUK lebih kemas, jahit jelujur bahagian yang digam tadi. Kemudian jahit jelujur di sekeliling bahagian tepi hingga membentuk bulatan dan tarik benang digunakan.

Foto

MASUKKAN fiber mengikut kesesuaian bentuk yang dihasilkan dan matikan jahitan jelujur digunakan tadi dengan mematikannya di bahagian tengah kraf membentuk tulang belakang.

Foto

MASUKKAN fiber mengikut kesesuaian bentuk yang dihasilkan dan matikan jahitan jelujur digunakan tadi dengan mematikannya di bahagian tengah kraf membentuk tulang belakang.

Foto

GUNAKAN gam Uhu dan sapukan di bahagian bawah dan tampal dengan felt berlainan untuk dijadikan sebagai penutup kepada bahagian fiber tadi. Jahit kawasan sekeliling felt yang baru ditampal agar kemas.


“Tidak dinafikan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan sesuatu bentuk kraf felt agak lama bergantung kepada kesukaran dan aksesori tambahan,” katanya.


Untuk ruangan Hias kali ini, ikuti langkah mudah menyediakan kraf felt sang kumbang untuk dijadikan aksesori tambahan dalam sesuatu gubahan.

Sediakan bahannya terlebih dulu iaitu jarum, benang, gam, gunting, fiber, felt dan mata mainan palsu (saiz kecil).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/16
`