Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Kumpulan enam peragut jalanan tumpas



2010/04/13
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: ‘Aman, Patah, Nesa, Jajam, Mat Ozzy Pandan dan Yaya’ bukan sekadar nama, sebaliknya mereka kumpulan peragut jalanan digeruni wanita di bandar raya ini yang tersungkur di kaki polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kejayaan pihaknya menumpaskan enam kumpulan samun jalanan sejak usaha memerangi kumpulan berkenaan dimulakan Ogos lalu.


Menurutnya, hasil kejayaan gerakan memburu berterusan selama lebih lapan bulan itu, 31 suspek dipercayai ahli kumpulan berkenaan dicekup dengan ada antara mereka sudah dihadapkan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.


“Bagaimanapun, kerana masalah tertentu ada di kalangan penjenayah itu tidak dapat didakwa dan sebagai langkah alternatif, tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas terpaksa diambil mengelakkan mereka kembali melakukan jenayah.


“Gagal dihadapkan di mahkamah tidak bermakna mereka boleh lepas begitu saja. Pemantauan berterusan juga dilakukan bagi memastikan saki-baki kumpulan ini tidak kembali aktif,” katanya.


Katanya, pihaknya kini giat memburu kumpulan samun jalanan terakhir berbahaya dipercayai mempunyai kekuatan hingga 20 ahli masih bebas serta sering melakukan ragut dan rompak di sekitar bandar raya.


Beliau berkata, tindakan membanteras kumpulan itu perlu dilakukan secepat mungkin lantaran penjenayah jalanan itu mengambil dadah bagi menjadikan mereka lebih berani.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


IKLAN



iklan
iklan


iklan

iklan
iklan