GELARAN selaku juara pertandingan tertutup Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) menjadi bekalan buat skuad dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta itu untuk mempertaruhkan nasib pada Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2010 di de Stadium Futsal, Subang Jaya.
Namun malangnya mereka gagal melayakkan diri ke Grand Final.
"Sebagai persiapan untuk menyertai Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro ini, kami memulakan latihan sejak awal tahun. Seminggu dua atau tiga kali, kami pasti bermain di Taman Megah, Petaling Jaya. Kami sedar saingan di sini amat sengit dan justeru, kami perlu menyiapkan diri dengan sebaik mungkin.
"Kami sering mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad lelaki Unitar kerana hanya dengan cara itu, kami akan mendapat pengalaman yang lebih baik. Lagipun, agak sukar mencari pasukan wanita untuk mengadakan perlawanan persahabatan.
"Kami mengadakan sesi pemilihan pemain pada setiap kali mengadakan perlawanan persahabatan. Kami turut mengambil kira faktor disiplin dan komitmen," kata kapten pasukan, Nurul Akmar Zainal Abidin.
Nurul Akmar lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakannya dan skuad AAK turut mencuri tumpuan di de Stadium Futsal kerana menjadi satu-satunya pasukan yang mempunyai pemain berketurunan India.
KULIM: Episod 'Cinta Lombok' sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda Umno yang membawa ...