SEGAMAT: “Saya terdengar pertengkaran diikuti dentuman lalu bergegas ke ruang tamu dan terkejut apabila mendapati kaca tingkap rumah pecah manakala sebutir peluru tersangkut pada langsir,” kata pembaca meter SAJ Holdings Sdn Bhd, Mohd Radzuan Mohamed Taib, 49, di sini, semalam.
Radzuan yang ditemui di kediamannya di Taman Bukit Jaya, Bukit Siput berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari Ahad lalu itu, dia sedang berehat bersama isteri apabila terdengar jirannya bertengkar dengan seseorang.
Menurutnya yang berpuluh tahun tinggal di perumahan itu, tidak lama kemudian dia terdengar dentuman diikuti deraian kaca tingkap.
“Saya terkejut apabila kaca tingkap rumah pecah dan menemui peluru pada langsir. Saya tidak tahu apa berlaku jika peluru itu terkena saya atau ahli keluarga,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kerana bimbangkan keselamatan keluarga.
Menurutnya, jirannya yang berkeluarga itu baik dan tidak pernah mencampuri urusan mereka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
PUTRAJAYA: Satu lagi kematian akibat demam denggi dilapor di Selangor bagi tempoh 12 hingga 18 Feb, ...