SEREMBANL: Kerajaan Negeri Sembilan melahirkan rasa rasa simpati dan dukacita kepada sebuah keluarga yang kehilangan empat anggotanya akibat dibunuh di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, petang semalam.
SEREMBANL: Kerajaan Negeri Sembilan melahirkan rasa rasa simpati dan dukacita kepada sebuah keluarga yang kehilangan empat anggotanya akibat dibunuh di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, petang semalam.
"Saya bagi pihak kerajaan negeri amat bersimpati dan kita berdoa semua arwah
berada di kalangan orang yang soleh," katanya kepada pemberita ketika meluangkan
masa kira-kira setengah jam bersama beberapa anggota keluarga berkenaan di
bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar di sini malam tadi.
Mayat keempat-empat mangsa pembunuhan ngeri itu dibawa dengan sebuah trak
polis lewat malam tadi untuk dibedah siasat. Turut berada di situ ialah Ketua
Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin.
Dalam kejadian itu, empat orang yang terdiri daripada sepasang warga emas,
Atan Daud, 90 dan isterinya Sutiah Katas, 80, menantu mereka, Ismail Awang, 76,
dan cucu Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui mati berlumuran darah di dua
rumah yang terletak bersebelahan di kampung berkenaan.
Polis dilaporkan sedang mencari seorang anggota keluarga itu bagi membantu
siasatan.-Bernama
KULIM: Episod 'Cinta Lombok' sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda Umno yang membawa ...