Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Ahad, 14 Mac 2010

Motor suspek di pondok bas



2010/01/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEMENCHEH: Motosikal yang dipercayai digunakan seorang lelaki kini dikesan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, dekat sini, ditemui di sebuah pondok menunggu bas berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Tampin di sini, awal pagi semalam.

Motosikal jenis Suzuki itu ditemui sepasukan polis peronda kira-kira jam 3 pagi dan kenderaan itu dibawa ke balai polis Tampin untuk tindakan susulan.


Ketua Polis Daerah Tampin, Pemangku Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata, polis turut menemui beberapa kesan tompokan darah di beberapa lokasi di sekitar Taman Muhibah, dekat sini.


“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti darah berkenaan.


“Polis dari Unit Forensik dan anjing pengesan (K9) turut bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, sampel darah itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengetahui ia milik siapa.

Menurutnya, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.


“Pasukan ini yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJD) Asisten Superintendan Khairil Anuar Saidin akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial