IPOH: “Niat saya ingin membimbing Mastura kerana dia minum arak, menghisap ganja dan mengambil syabu disebabkan pergaulan dengan teman lelakinya sejak lari dari rumah ketika tingkatan dua.
“Selepas setahun berkahwin, dia rajin bersolat tapi masalah mula timbul selepas saya membenarkan dia bekerja di kedai menjual berlian. Bekas isteri saya ini cantik dan ramai lelaki berkawan dengan dia termasuk secara berterus-terang meminta saya menceraikan Mastura,” kata bekas suami Noraniza Idris, Datuk Muhamad Mustaffa Idrus, 54, ketika menceritakan kisah lampau bekas isterinya Mastura Bakar, 24, yang menuntut cerai, baru-baru ini.
Hujung bulan lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan permohonan cerai fasakh Mastura yang dalam permohonannya memaklumkan bahawa beliau kecewa sikap suaminya panas baran, mengabaikan keluarga dan tidak memberi nafkah sejak 2008, selain gemar bertukar teman wanita.
Muhamad Mustaffa berkata, Mastura lari dari keluarganya di Pengkalan Hulu, Perak sejak berusia kira-kira 15 tahun dan tinggal dengan teman lelaki di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Katanya, rakan beliau, Sayuti Yahya memperkenal Mastura kepadanya pada 2005 selepas menceritakan latar belakang Mastura yang suka berfoya-foya dengan lelaki dan terbabit dalam gejala negatif.
Beliau berkata, selepas seminggu berkenalan, mereka mendirikan rumah tangga dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa Mastura kerana ikhlas membantu Mastura dan keluarganya.
“Tapi, dia buat macam-macam tuduhan di mahkamah hingga mengaibkan saya di depan keluarga, rakan perniagaan dan politik.
“Saya memfailkan saman fitnah di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur terhadap Mastura untuk membersihkan nama saya kerana dituduh gila seks, memukul, meliwat dan cuba melanggarnya,” katanya.
Muhamad berkata, beliau mengalami sakit tulang belakang, iaitu cakera terinjak.
KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kini bekerjasama dengan polis Kelantan ...