Rabu,03 September 2014

Otak kurang oksigen

KANGAR: Polis mengesahkan kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun kerana didera guru lelakinya pada Ahad lalu berpunca akibat kekurangan oksigen dalam otak mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Nashir Ya, berkata pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mengesahkan punca kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee disebabkan hypoxic seculae akibat tekanan benda lembut di lehernya.


Katanya, berikutan itu otak mangsa gagal berfungsi selepas lehernya disekat benda atau objek lembut sehingga menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.

“Kesannya, mangsa koma beberapa hari dengan kesan pendarahan di dalam otak. Namun, laporan penuh forensik akan diperoleh dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/06
`