KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran wanita warga Indonesia ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dipercayai disamun dalam bilik sewanya di rumah kedai dua tingkat, Jalan Radin Anum 1, Sri Petaling, di sini, hari ini.
Ketua Polis daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai Kurnani, 46, ditemui oleh adiknya, yang tidak mahu dikenali, pada 4 petang ini.
"Adiknya telah datang ke rumah kedai yang mempunyai 19 bilik sewa di tingkat atas, di mana salah satu bilik disewa Kurnani. Apabila diketuk pintu berkunci dari dalam serta tiada jawapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata adiknya kemudian mengambil tangga untuk mengintai dari atas bilik kakaknya itu dan melihat kakaknya terbaring berlumuran darah sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 4.45 petang.- Bernama
SEREMBAN: Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi Labu, Jalan Seremban-Labu malam tadi ...