Ahad,24 Ogos 2014

Pelopor ajaran sesat miliki jet persendirian

Kuala Lumpur: Lelaki dikenali sebagai Ustaz Harun yang ditahan kerana mempelopori satu ajaran sesat di Kuantan, Khamis lalu sebelum ini dilaporkan hidup mewah termasuk memiliki sebuah syarikat jet persendirian, selain deretan kereta mewah seperti Nissan FairLady, Subaru Impreza, Toyota Alphard dan BMW.

Kisah penipuan lelaki berusia 47 tahun mula dilaporkan Harian Metro pada 28 Mei 2011 selepas namanya tersenarai sebagai antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) sejak Disember 2008 berhubung penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram mencecah RM200 juta.


Ustaz Harun yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu juga dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08
`