Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Pembekal bayi dicekup

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/07/17
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUCHING: Pembongkaran kes penyeludupan serta penjualan bayi dan kanak-kanak di bandar raya ini menemui petunjuk baru berikutan penangkapan seorang lelaki dipercayai pembekal utama ‘bahan jualan’ itu kepada sindiket berkenaan di Jalan Chawan di sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan itu antara jam 9 hingga 11 malam kelmarin kerana dipercayai mempunyai kaitan kes penyeludupan bayi dan kanak-kanak dari Indonesia.


Selain lelaki warga emas itu, turut ditahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 46 dan 48 tahun serta seorang pemandu lelaki berusia 40 tahun dalam serbuan di tiga lokasi berasingan.


Dengan empat tangkapan terbaru itu, sehingga kini, 15 suspek sudah ditahan termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya yang ditahan kelmarin, sejak pembongkaran kes penyeludupan dan penjualan bayi dan kanak-kanak oleh polis negeri ini, Isnin lalu.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penangkapan terbaru itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.


Dalam kes berkaitan di Mahkamah Majistret Kuching, semalam, semua empat suspek yang ditahan itu sebelum ini direman enam hari bagi membantu siasatan lanjut.


Ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding, seorang daripada suspek dikatakan sempat menjelirkan lidah ketika gambarnya dirakam jurugambar.


Kelmarin, ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya itu direman enam hari selepas polis menemui dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia tiga dan 12 tahun dalam dua serbuan berasingan.


Turut direman enam lagi suspek berusia antara 21 hingga 30 tahun termasuk seorang wanita warga Indonesia.


Pasangan berkenaan ditahan sehari selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


IKLAN



iklan
iklan


iklan

iklan
iklan