Rabu,30 Julai 2014

Peperiksaan sekolah dalam talian

Jakarta: Kementerian Pendidikan Dan Kebudayaan mempertimbangkan cadangan menukar peperiksaan sekolah tinggi Indonesia daripada kaedah konvensional kepada dalam talian.

Idea itu dikemukakan selepas peperiksaan tahun ini dicemari dengan masalah kelewatan serta soalan bocor.


Timbalan Menteri, Musliar Kasim berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan kerana kementerian itu mampu mengendalikannya.

“Sebelum ini ujian untuk guru dijalankan secara dalam talian.


“Justeru, peperiksaan untuk sekolah tinggi juga boleh dilaksanakan melalui kaedah itu, sekali gus dapat mengurangkan kos,” katanya kepada media semalam.


Menurut Musliar, pelaksanaan ujian secara dalam talian itu boleh dimulakan tahu depan.

Untuk permulaan, katanya, Kementerian Pendidikan Dan Kebudayaan akan menguji sistem itu untuk peperiksaan pertengahan semester penuntut sekolah tinggi tahun ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26
`