KUMPULAN RealRewards (RealRewards), pakar program kesetiaan pelanggan, mengumumkan dua portfolio perniagaan baru sempena sambutan ulang tahun ke-9 jenama itu di Malaysia.
Ketua Pegawai Operasinya, Khairuddin Zainal, berkata dua portfolio baru itu adalah Pemprosesan Penyumber Luar Perniagaan (BPO) dan Kad Hadiah yang diperkenalkan tahun ini terutama untuk pelanggan yang mahu memiliki program sendiri.
“Pengenalan BPO RealRewards tepat pada masa dan ditawarkan kepada pelanggan yang ingin program khusus, tetapi tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakannya. Ia sudah mempunyai pelanggan daripada industri penerbangan yang bermula pada suku ketiga tahun ini.
“Bagi Kad Hadiah pula, ia satu sistem yang mampu menjejaki semua perbelanjaan dan urus niaga penting untuk Pengurusan Hubungan Pelanggan Syarikat (CRM),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
RealRewards yang dilancarkan pada 2001 dengan ahli permulaan seramai 1.2 juta kini mencatatkan 5.2 juta ahli manakala 2.8 juta keluarga menjadi anggota program terbabit.
RealRewards mempunyai 40 rakan niaga termasuk AIA, Chartis, Takaful Ikhlas, Bank Islam dan Fotokem.
NILAI: Seorang perompak berjaya melarikan wang tunai berjumlah kira-kira hampir RM80,000 dalam satu ...