Khamis,02 Oktober 2014

Pilihan raya kecil Kuala Besut 24 Julai

Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut (N01) akan diadakan pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai ini.

Ini bermakna tempoh berkempen adalah 12 hari.

Tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 20 Julai.

Penetapan itu dibuat selepas mesyuarat khas yang dipengerusikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Ibu Pejabat SPR, di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05
`