Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Polis nafi kegiatan samun guna telur di Johor Bahru



2010/06/27
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Polis Johor hari ini menafikan berlakunya kegiatan samun jalanan menggunakan telur yang dilontar pada kenderaan yang dipandu pada waktu malam di bandar raya itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Che Yussof Che Ngah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kegiatan samun sedemikian daripada mana-mana pihak.


Kenyataan itu dikeluarkan selepas tersebarnya SMS kononnya dari Polis Diraja Malaysia yang menasihati orang ramai agar berhati-hati terhadap teknik samun berkenaan.


SMS di dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: "If you are driving at night and are attacked with eggs, do not operate the wiper or spay any water. You can drive with what ever visibility remaining until you reach a safer place because when eggs mixed with water it becomes milky and block your vision up to 92.5 percent. Then you are forced to stop at the road side and become a victim of robbers. This is a new technique used by robbers in Johor Bahru. Please inform your friends and relatives".


(Jika anda memandu pada waktu malam dan diserang dengan telur, jangan gunakan pengelap cermin atau semburan air untuk membersihkannya. Teruskan memandu sehingga anda sampai di tempat yang selamat kerana jika kandungan telur itu bercampur dengan air, ia akan menjadi seperti susu dan menghalang penglihatan anda sehingga 92.5 peratus. Anda kemudian terpaksa berhenti di tepi jalan dan menjadi mangsa kepada perompak. Ini adalah teknik terbaru yang digunakan perompak di Johor Baharu. Sila sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara anda.) Che Yussof bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mana-mana pihak atau kenderaan yang mencurigakan agar menghubungi talian hotline polis Johor melalui 07-2212999 bagi mendapat bantuan.


-Bernama

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


IKLAN



iklan
iklan


iklan

iklan
iklan