Sabtu,30 Ogos 2014

Produk organik mampu dimiliki

BAYANGKAN kulit anda sehalus kulit bayi dan fikirkan rutin penjagaan wajah harian semudah dua langkah - mencuci muka dan merawat.

Abaikan keperluan pemakaian pelembap, pelindung matahari, serum pencerah dan krim antipenuaan. Hanya gunakan satu produk organik yang sejak ratusan tahun dahulu tersohor dalam kalangan bangsawan Maghribi dengan gelaran 'Liquid Gold of Morocco'.

Secretleaf memperkenalkan Pure Oil Series 01, 100 peratus minyak argan yang diekstrak dari buah pohon argan secara tradisional tanpa bahan kimia.
Ia kaya dengan kandungan antioksida polyphenols dan Vitamin E, tiga kali ganda lebih banyak daripada minyak zaitun.

Kajian terkini mendapati pelbagai masalah kulit seperti penuaan pramatang, jeragat, tona wajah tidak sekata, lingkaran gelap bawah mata serta kulit kering dan kusam kesemuanya disebabkan radikal bebas yang terhasil akibat pendedahan terhadap pancaran UV matahari, pencemaran persekitaran serta proses biologi semula jadi badan.

Pure Oil Series 01 membantu mengembalikan kulit yang anjal tanpa sebarang masalah dan kekal muda remaja.

Reiko Ichikawa yang berbangsa Jepun, berkata dia kagum dengan Pure Oil Series 01 membantu menjadikan kulit lembap dan halus dalam cuaca Malaysia yang panas.
Dia yang berusia 60 tahun itu teruja dengan produk ini yang mengembalikan keanjalan kulitnya selain mencantikkan kuku.

Terbaru, Secretleaf muncul dengan produk kedua berasaskan minyak argan: Moisturizing Facial Soap with Organic Argan Oil, pembersih muka dengan kolagen marin dan ekstrak licorice yang bertindak membersih muka sambil meremajakan wajah dan mencerah.

Ia diformulasi tanpa agen pembuih SLS (sodium lauryl sulphate) yang menyebabkan kulit menjadi sensitif dan keradangan seperti yang banyak terdapat dalam produk pembersih yang lain.

Ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan semua golongan usia.

Tidak seperti sabun pembersih muka lain, ia membersih tanpa menghapuskan kelembapan semulajadi kulit, malah menjadikan kulit lembut dan halus.

Selain itu, ia mengandungi kolagen marin untuk mengembalikan keanjalan kulit serta mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.

Extrak licorice yang memang terkenal sebagai agen pencerah semula jadi pula bertindak dengan cara mengehadkan penghasilan melanin, iaitu pigmen warna kulit yang menyebabkan penghasilan jeragat.

Dapatkan sampel percuma dan produk Secretleaf dengan harga istimewa sempena In Health & Beauty Expo 2011 bermula 1 hingga 3 Julai 2011 di Mines International Exhibition & Convention Centre, The Mines.

Layari www.facebook.com/mysecretleaf untuk maklumat lanjut atau hubungi 1-800-88-3818.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/18
`