Isnin,14 Julai 2014

Rebut peluang jadi rakan niaga Al Jabbar

SELEPAS lima tahun bertapak di negara ini, Al Jabbar Group Sdn Bhd kini boleh berbangga de­ngan pelbagai produk barangan kesihatan di pasaran.

Antaranya Tonik Hati, terapi medan elektrostatik Dr Jism, Dr Jabbar, Family Dr, Therapysm, Dr Jism 10 Series dan pelbagai produk makanan lain.

Keupayaan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera melang­kah ke mercu kejayaan dalam tempoh yang singkat adalah sesuatu yang membanggakan.

Usaha tidak mengenal jemu Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamaruzaman Che Hussain adalah rahsia kejayaan syarikat itu.


Kini, bagi memberi peluang masyarakat menikmati rezeki daripada kejayaan syarikat itu, Al Jabbar Group membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.


Kamaruzaman berkata, Al Jabbar Group adalah syarikat Bumiputera Islam pertama menawarkan konsep perniagaan yang berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan sehingga RM100,000 sebulan.

Beliau berkata, konsep perniagaan itu bukan menggunakan kaedah skim piramid atau cepat kaya, sebaliknya berusaha untuk berjaya.

“Program rakan niaga ini memberi peluang kami meluaskan empayar perniagaan Al Jabbar Group dan meningkat­kan ekonomi umah.

“Konsep perniagaan ini dilakukan secara telus, mudah, kurang risiko dan menggunakan pendekatan penjualan produk mampu milik kepada masyarakat,” katanya.

Katanya, setakat ini, program Rakan Niaga dibuka di setiap zon antaranya utara, selatan, timur, Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

“Sehingga kini, sambutan orang ramai terutama usa­hawan Bumiputera amat menggalakkan dan kami masih membuka peluang ini kepada usahawan lain,” katanya.

Menurutnya, kelebihan mereka yang menjadi Rakan Niaga Al Jabbar ialah modal yang minimum dan nama mereka disiarkan secara percuma dalam media massa.

“Rakan Niaga usah bimbang mengalami kerugian kerana Al Jabbar memang agresif dalam strategi memasarkan produk­nya.

“Promosi juga dilakukan di radio antaranya Sinar FM, Era dan THR selain beberapa stesen televisyen utama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, usahawan yang menjadi Rakan Niaga Al Jabbar akan diberikan risalah dan banting percuma selain khidmat nasihat mengenai pengiklanan dalam media massa.

“Seramai 100 kakitangan Al Jabbar terbabit dalam program ini dan kami menyediakan sebuah bas, dua motosikal berkuasa tinggi dan 15 kereta.

“Kakitangan Al Jabbar akan menjelajah ke seluruh negara untuk menemui bakal Rakan Niaga yang berminat,” katanya.

Usahawan atau orang ramai yang berminat menjadi Rakan Niaga Al Jabbar boleh menghubungi talian 019-5293504 atau 019-5293505 atau 03-87379476.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/23
`