Rabu,16 April 2014

Rumah mampu milik untuk penjawat awam

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: Sebanyak 10,336 unit rumah mampu milik dibina di sini menerusi projek Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebagai satu usaha terbaru kerajaan membantu penjawat awam memiliki rumah mampu milik yang berkualiti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, harga yang ditawarkan bagi skim perumahan itu sangat istimewa iaitu antara RM150,000 dan RM300,000 mengikut keluasan lantai minimum tidak kurang 1,000 hingga 1,500 kaki persegi.

Menurutnya, penjawat awam yang berkhidmat dan bermastautin di Putrajaya dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan akan diberi keutamaan untuk memiliki kediaman itu.

“Lebih istimewa mereka hanya perlu perlu membayar minimum RM2,000 (sebagai deposit), lepas itu tak payah bayar sehingga rumah siap maknanya bila rumah siap dan sudah masuk baru mula bayar.

Foto

NAJIB mendengar penerangan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin mengenai pembinaan rumah PPA1M di Presint 17.


“Mana ada kerajaan lain macam ini. Kita bantu, mengisi harapan rakyat dan menepati janji...kita membawa harapan, yang benar-benar boleh membawa transformasi kepada negara, dan Insya Allah kalau rezeki bertambah, hasil negara bertambah, saya tak akan lupa jasa penjawat awam,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PPA1M di sini, semalam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/19
`