BAHAU: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas membeli makanan ayam, maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 31, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi tempat kejadian apabila ahli keluarga dan saudara mara Muhammad yang mengetahui kejadian itu bergegas ke lokasi dan meratapi kematian mangsa.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad, berkata berdasarkan siasatan awal, kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas dan kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain.
"Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan itu," katanya semalam.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan selepas bedah siasat selesai.
Polis meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4544999 atau balai polis berhampiran.
KUANTAN: Seorang wanita warga emas cedera dibelasah ketika hendak membuang air kencing suaminya ...