Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Lori bawa perabot terbakar



2010/01/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEREMBAN: "Saya cuba sedaya upaya memadam api di bahagian depan lori menggunakan air, namun gagal," kata pemandu lori yang terbakar di Jalan Rasah, di sini, semalam.

SEREMBAN: "Saya cuba sedaya upaya memadam api di bahagian depan lori menggunakan air, namun gagal," kata pemandu lori yang terbakar di Jalan Rasah, di sini, semalam.

Hairi Tohirin, 42, berkata dia terpaksa menyelamatkan diri selepas melihat api mula membakar bahagian depan lori yang membawa muatan perabot itu.

"Saya menyedari asap keluar melalui depan enjin ketika memandu menghala ke bandar Seremban lalu berhenti untuk memeriksa dan terkejut melihat api keluar dari situ.


"Nasib baik masa itu tiada pengguna jalan raya lain di situ, kalau tidak entah apa akan terjadi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, lori dipandu Hairi yang menghala ke bandar Seremban untuk menghantar perabot kepada pelanggan musnah terbakar bersama muatannya.

Menurut hairi, dia menarik brek tangan lori tujuh tan itu bagi mengelak ia menggelungsur ke belakang memandangkan laluan berkenaan agak berbukit.

"Lori itu bagaimanapun tetap menggelungsur ke belakang sejauh beberapa meter selepas api marak membakar dan hampir jatuh ke dalam sungai berhampiran," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 11 Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Engku Abd Jalil Engku Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.46 petang.


Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba 10 minit kemudian.

Kebakaran itu menyebabkan kesesakan di laluan berkenaan, namun berjaya dikawal polis trafik di tempat kejadian.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial