Ahad,31 Ogos 2014

SafwaKids pelengkap nutrisi

Oleh Siti Zarinah Sahib

MEMASTIKAN kanak-kanak berusia dua tahun ke atas me要gambil makanan berkhasiat mengikut gizi piramid makanan seimbang kadang虺ala memening虺an kepala ibu bapa. Tambahan pula bagi anak yang suka memuntahkan makanan dan hanya menyukai satu jenis makanan yang kurang kandungan khasiatnya.

Hal ini tentunya membimbangkan ibu bapa kerana dikhuatiri mereka gagal mendapat nutrisi lengkap untuk tumbesaran seterusnya menyebabkan anak-anak kelihatan tidak bertenaga dan mudah dijangkiti penyakit.

Bagi mengelak perkara ini berlaku, ibu bapa seharusnya mempertimbangkan alternatif lain bagi memperkenalkan makanan tambahan ke dalam diet harian mereka.

Kanak-kanak memerlukan vitamin A, B dan C serta kalsium dan zat besi untuk tumbesaran mereka. Kekurangan salah satu daripada nutrien ini bukan saja membantutkan tahap perkembangan fizikal mereka, malah boleh mengurangkan daya tumpuan, keletihan serta kemerosotan dalam pelajaran.


Kekurangan vitamin A boleh memberi kesan kepada masalah penglihatan yang menyebabkan mata menjadi kabur serta kurang sistem imunisasi badan. Makanan yang kaya vitamin A boleh didapati pada hati, susu, telur serta sayuran hijau dan jingga.


Vitamin B pula penting untuk sistem saraf dan proses metabolisme dalam badan. Vitamin B6, B1 dan B12 serta asid folik sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Kekurangan vitamin B yang boleh didapati dalam gandum, daging, susu dan ikan boleh menjejaskan daya tumpuan serta ingatan kanak-kanak. Ini sekali gus menjejaskan pembelajaran mereka di sekolah.

Selain itu, ibu bapa harus memastikan penyediaan makanan lengkap dengan vitamin C. Ini kerana kekura要gan vitamin ini boleh me要yebabkan mereka diserang penyakit seperti demam, selesema dan batuk. Vitamin C penting bagi sistem imunisasi badan dan diperlukan untuk kekuatan tubuh, proses penyembuhan luka dan gusi yang sihat. Galakkan anak-anak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan cukup vitamin C.

Bagi mendapatkan tulang dan gigi yang kuat, anak-anak dimestikan mengambil susu, keju serta produk tenusu yang memberikan mineral penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Kalsium yang mencukupi membolehkan kanak-kanak melalui proses tumbesaran yang pesat dan sihat.

Namun begitu badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin dan mineral secara semula jadi dan hanya boleh diambil menerusi makanan. Malangnya kanak-kanak yang terlalu memilih makanan pasti tidak mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh. Di sinilah pentingnya makanan tambahan sama ada didatangkan dalam bentuk kapsul mahupun cecair.

Namun ibu bapa dinasihatkan merujuk kepada doktor mahupun ahli farmasi terlebih dulu bagi mendapatkan suplemen bersesuaian dengan kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Ini kerana ada sesetengah makanan tambahan yang tidak mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mengundang kesan sampingan kepada kanak-kanak tanpa disedari ibu bapa.

Pastikan ibu bapa membaca label makanan terlebih dulu sebelum membeli produk makanan di pasaran. Ini kerana dengan membaca label makanan, ibu bapa akan dapat mengetahui jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam produk itu bagi mendapatkan hasil terbaik.

Menurut Eksekutif Produk Safwa Health, Mustaza Syikin Mustafa, kajian terkini yang dijalankan pakar pemakanan mendapati terdapat satu hubung kait antara diet pemakanan dengan perkembangan otak kanak-kanak.

“Tahap perkembangan otak bergantung sepenuhnya pada kesihatan tubuh bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Pada peringkat awal perkembangan otak manusia memerlukan nutrien penting seperti asid docosahexaenoic (DHA), iodin, vitamin B1 dan B2. Nutrien ini amat diperlukan dalam diet harian kanak-kanak terutama dalam tempoh tiga tahun pertama perkembangan otak mereka,” katanya.

Menyedari pentingnya DHA yang mengandungi omega-3 asid lemak terhadap perkembangan otak kanak-kanak, Safwa Health melancarkan SafwaKids dalam bentuk suplemen diet minyak ikan dan vitamin plus kunyah serta multivitamin kunyah.

“Suplemen minyak ikan dan vitamin plus kunyah mengandungi kepekatan tinggi 125 miligram DHA dan asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan mata.

“Ia juga mengandungi 30 miligram asid eicosapentaenoic (EPA), iodin, vitamin B1 dan B12. Iodin diperlukan untuk pengeluaran hormon tiroid manakala vitamin B1 dan

B12 memainkan peranan penting dalam perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak,” katanya ketika majlis pelancaran Safwakids bersama majalah Ana Muslim di Planetarium Negara, baru-baru ini.

Multivitamin kunyah pula mempunyai jumlah optimum vitamin C dan E yang melindungi kanak-kanak daripada radikal bebas. Vitamin C juga penting dalam menggalakkan pertumbuhan normal, pe要yembuhan luka dan memastikan gusi sihat. Formula unik ini juga mengandungi vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6 dan B12 serta asid folik) yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak, meningkatkan pengeluaran tenaga harian dan membantu mereka mencapai potensi maksimum.

Mustaza menambah, produk Safwakids mempunyai sijil halal daripada Persekutuan Majlis Islam Australia (AFIC), Pengurusan Makanan Halal New Zealand dan Majlis Pemakanan Islam Amerika (IFANCA) yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Status halal ini akan lebih meyakinkan ibu bapa bagi mendapatkan produk yang bukan saja berkhasiat tetapi diiktiraf cara penghasilannya yang bersih dan halal,” katanya.

Untuk minyak ikan dan vitamin plus kunyah, ia boleh didapati dalam perisa oren pada harga RM39.90 untuk 30 biji dan RM69.90 untuk 60 biji. Multivitamin juga dalam perisa oren berharga RM25.90.

Kedua-dua produk ini boleh didapati di semua rangkaian farmasi seluruh negara termasuk Caring, Guardian dan Vitacare. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang www.safwahealth.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/24
`