Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Samun sambil raba-raba

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/02/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Dua penjenayah geng penyamun miang bukan sekadar mempunyai hobi pelik iaitu gemar meramas buah dada wanita yang disamun, malah mereka dilaporkan turut cuba memperkosa serta membelasah mangsa.

Perbuatan kedua-dua penyamun berusia 20 tahun itu mencetuskan kebimbangan penduduk terutama wanita di daerah Brickfields khususnya di sekitar Pantai Dalam di sini, selepas mereka menyamun 20 wanita dan pada masa sama, cuba memperkosa mereka sejak lebih sebulan lalu.


Bagaimanapun, suspek yang kerap merayau mencari mangsa menggunakan motosikal curi akhirnya diberkas hasil tindakan pantas polis menjejaki sarang persembunyian penjenayah terbabit di sebuah pangsapuri kos rendah di Pantai Dalam.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata suspek disifatkan amat kejam dan berbahaya kerana tidak teragak-agak membelasah mangsa samun menggunakan topi keledar atau besi kunci keselamatan motosikal walaupun menyedari sasaran kerja jahat mereka wanita.


Menurutnya, dalam kes terbaru kira-kira jam 6 pagi, 25 Januari lalu, seorang gadis berusia 24 tahun menjadi mangsa sebaik turun dari keretanya berhampiran sebuah pangsapuri di Pantai Dalam.


“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir dan tinggal di pangsapuri berhampiran mendakwa terdengar jeritan sebelum dia lari ke arah tangga pangsapuri.

“Namun mangsa terkejut apabila seorang lelaki mengejarnya sebelum mengacukan pisau Rambo. Suspek memaksa mangsa menyerahkan semua barang berharga dimiliki, termasuk wang tunai, gelang tangan, kunci rumah dan kunci kereta, telefon bimbit serta pelbagai barang berharga lain,” katanya.


Wan Abdul Bari berkata, suspek yang bernafsu `gila' meramas buah dada mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit ketakutan.


“Jeritan mangsa menyebabkan beberapa jiran datang membantu sebelum suspek melarikan diri menaiki motosikal Honda EX5 berwarna putih.


“Hasil laporan diterima, polis diketuai Inspektor Tan Tiong Guan bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields menjalankan siasatan sebelum memberkas seorang suspek berhampiran kawasan meletak kenderaan di pangsapuri Perumahan Rakyat Kerinci di Pantai Dalam, di sini,” katanya.


Menurutnya, dalam tangkapan pertama kira-kira jam 12.45 tengah malam Rabu lalu, suspek yang berusia 20 tahun dikesan mempunyai dua rekod jenayah samun pada 2008 dan masih dalam jaminan polis sementara menunggu untuk dijatuhkan hukuman.


“Berikutan tangkapan suspek pertama, polis dibawa ke satu kediaman berhampiran sebelum menahan rakan jenayahnya yang juga berusia 20 tahun. Hasil penahanan itu, polis menemui beberapa kunci motosikal, topi keledar, rantai pengunci motosikal, tiga cincin, satu jam tangan dan dua motosikal curi.


“Siasatan mendapati kedua-dua penjenayah yang juga penagih dadah bertanggungjawab dalam sekurang-kurangnya 20 kes samun dengan kebanyakan mangsa wanita yang bersendirian di tempat awam,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.


Dalam kejadian berasingan, seorang kakitangan khidmat pelanggan berusia 23 tahun ditahan selepas dikesan memecah masuk sebuah kedai menjual cermin mata berhampiran Persiaran Mid Valley, di sini.


Difahamkan, kejadian itu disedari pemilik premis berusia 46 tahun selepas mendapati kedainya dipecah masuk pada jam 10.10 pagi Sabtu lalu. Penjenayah yang memecah kunci premis terbabit melarikan pelbagai kaca mata berjenama selain wang tunai RM2,500 dari peti simpanan.


Susulan laporan yang diterima, katanya polis menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek di Damansara Damai, dekat Petaling Jaya, pada jam 8 malam kelmarin. Suspek yang berasal dari Melaka, dikesan turut menggunakan motosikal curi untuk melakukan aktiviti jenayah itu.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai Komen Pembaca

tak senonoh!

As
orang mcm tu ptut biar org kg pijak ramai2 je..bru smpi bila2 pun dia ingat

afai slayunk
kenapalh sampai cam2..sepatutnya wanita dilindungi, bukan utk dizalimi..dimana pergi nilai kesedaran itu...wanita itu adalah hiasan dunia yang menjadi suri bagi kaum lelaki untuk dunia dan akhirat, bukan pula untuk memuaskan nafsu lelaki..jagalah pandangan dan penampilan agar kita tidak mudah di hasut syaitan laknatu-Allah

ape nak jadii,,,
cari la keje jgn la menyamun........

misteri
mmg patut diajar peragut miang 2.

mas
IKLAN












iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan
iklan