KUALA LUMPUR: Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.
N Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaiantidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu
menghapuskan barang curi milik TUDM itu.
Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feberuari ini untuk sebutan kes itu.
Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad
Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di
Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di
sini.
Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan
yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara
sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di
alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut
Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun
dan denda jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya
Raja Rozela Raja Toran berkata, beliau masih belum menerima sebarang arahan.
Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja
Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua tertuduh
sahaja.
Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang
dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.
Peguam bela V Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam
Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka
itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak
mempunyai wang yang banyak.
Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam
memohon jaminan.
Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar
jaminan.
Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha
sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang
itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay. -Bernama
PADANG BESAR: Seorang tekong darat lari meninggalkan lapan pendatang asing tanpa izin apabila ...