Khamis,21 Ogos 2014

Selamat RM7.08b

Oleh Muhammad Apendy Issahak

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM7.08 bilion harta benda penghuni di ibu negara berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPWPKL) daripada musnah dalam kebakaran sepanjang 2012 dan jumlah kematian akibat bencana terbabit turut menurun.

Jumlah kerugian dicatatkan sepanjang tahun lalu pula adalah RM94.05 juta berbanding RM98.81 juta tahun sebelumnya. Pengarah JBPWPKL, Khirudin Drahman berkata, nilai harta yang tinggi dapat diselamatkan itu disebabkan beberapa faktor terutama peningkatan tahap kesedaran masyarakat ibu kota mengenai kebakaran. “Pada 2011 jumlah harta diselamatkan adalah RM722 juta dan tahun lalu menunjukkan peningkatan, manakala jumlah kematian menurun iaitu lapan mangsa pada 2011 kepada enam pada tahun lalu. “Statistik kematian dalam kes khidmat menyelamat dan kemanusiaan seperti mangsa kemalangan, lemas dan lain-lain turut berkurangan daripada 71 mangsa pada 2011 kepada 56 mangsa pada tahun lalu,” katanya di sini, semalam.


Katanya, perkembangan positif itu dibantu oleh masyarakat kota yang semakin sedar berhubung kebakaran, tindakan pantas melaporkan kes kebakaran serta membantu memadam api pada peringkat awal kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01
`