KETIKA mengunjungi jiran atau sanak saudara tentunya anda membawa bersama buah tangan.
Lebih memberikan kepuasan jika anda berpeluang menghasilkan sendiri alas bekas makanan yang biasanya diisi kuih atau kek.
Bukan saja memberikan kelainan malah ia secara tidak langsung menyerlahkan kreativiti anda.
Kali ini langkah demi langkah menjahit sendiri alas bekas makanan dikongsikan.
Sediakan bahan berikut:
Kain A-bercorak dan tanpa corak berdiameter 50 sm.
Kain B-bercorak dan tanpa corak berdiameter 50 sm. Bahagian tengahnya dibentuk seperti baju teluk belanga
Kain untuk dijadikan pemenang bersaiz 2.5 sm x 50 sm
Kain kemasan tepi
Riben atau tali bersaiz
meter
Span atau fiber
Bekas makanan sesuai
Peralatan menjahit termasuk benang, gunting dan peniti. -Gambar 1.
Langkah 1
Kain A dicantumkan bermula dengan bahagian bercorak, span dan paling atas kain tanpa corak
Lekatkan peniti untuk melancarkan proses menjahit. -Gambar 2.
Langkah 2
Buat garisan serong dan jahit dengan teliti untuk membentuk kekemasan dan rekaan menarik. -Gambar 3.
Langkah 3
Jahit dengan teliti kain B bermula dengan bahagian tengahnya dalam keadaan terbalik.
-Kemudian terbalikkan pada corak asal dan jahit dalam jarak 1 sm untuk memasukkan riben atau tali. -Gambar 4.
Langkah 4
Jahit kain pemegang pada bahagian kiri dan kanan kain B. -Gambar 5.
Langkah 5
Cantumkan kain A (tapak ) kain B (atas) dan jahit kain kemasan tepi untuk memperlihatkan ketelitian serta kreativiti. -Gambar 6.
Langkah 6
Masukkan bekas makan ke dalam alas itu. -Gambar 7.
Langkah 7
Kini anda boleh membawa buah tangan menggunakan alas bekas makan ini ketika mengunjungi jiran atau sanak saudara.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/06