Khamis,24 Julai 2014

Seni rimba kian memikat

Oleh Hartini Mohd Nawi

PENGGUNAAN produk hiasan berasaskan seni rimba kian popular dan sering menghiasi ruang kediaman.

Jika dulu daun dan bunga kering serta ranting pokok kurang mempunyai daya tarikan, kini ia mencetuskan kelainan apabila diawet dan digubah secara kreatif untuk gaya penataan.

Dalam menzahirkan nilai keindahan alam semula jadi itu, Rist Star Enterprise tampil dengan elemen hiasan unik.

Pemiliknya, Ku Arfah Ku Din berkata selepas diawet dan dikeringkan, bermulanya proses gubahan kreatif yang membabitkan sentuhan idea sendiri.


“Kuntuman bunga dihasilkan biasanya diserikan dengan beberapa elemen seni rimba lain seperti daun,” katanya.


Antara yang popular dan sering mendapat permintaan adalah gubahan indah berasaskan pinang puteri.

“Pinang puteri itu awalnya direndam, dibuang kulit, dijemur hingga kering barulah dikopek kulitnya untuk dikreatifkan sebagai elemen hiasan menarik.

“Lebih membanggakan apabila gubahan kreatif itu dibingkaikan dan sebagai penyeri latar dinding.

“Ia boleh menjadi cenderahati paling bermakna kerana bentuknya indah,” katanya.
Bagi setiap gubahan yang dibingkaikan itu, ia memerlukan kira-kira 30 biji pinang puteri.

Latar bingkai itu juga turut diserikan dengan anyaman mengkuang dan kertas berasaskan batang pisang, jerami, pandan atau buluh.

Berminat sila hubungi Rist Star Enterprise di No 56, Kampung Bohor Masjid, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/06
`