Selasa,22 Julai 2014

Solat pakai telekung koyak

ADAKAH kita perlu menggantikan solat terdahulu jika baru-baru ini, kita menyedari telekung yang digunakan untuk bersolat terkoyak, lantas mendedahkan aurat kita?

NURUL
Muar, Johor



Aurat yang terdedah tanpa sengaja dan tidak diketahui masanya ketika solat, tidak perlu dirisaukan. Yang penting ketika bersolat, saudari yakin aurat tertutup.

Jika sebaik saja selesai solat baru disedari, bangunlah segera melakukannya dengan menutup aurat. Namun, jika entah bila saja baru disedari dan hanya sekadar mendapati telekung koyak, tidak perlu saudari mengganti semula.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/01
`