Jumaat,01 Ogos 2014

Soseh Soseh: Bintang realiti dulu bekas ‘penggoda’

BARU-baru ini SS duduk berbual bersama beberapa rakan lama yang pernah bekerja di belakang tabir sebuah program realiti. Punyalah syok berborak, sampailah kepada satu cerita yang SS sendiri susah nak percaya. Khabarnya seorang peserta program realiti itu cukup pandai berlakon.

Menurut rakan SS, sikap si peserta itu memang mengagumkan yang mana di depan orang tertentu karektornya lain tapi di depan orang produksi, lain pula jadinya.

Mereka pun hairan juga, kenapa sikap peserta itu pelik sangat. Selepas diselidik, dia bukanlah sebaik yang disangka. Memang, kalau kali pertama bertemu, ramai boleh tertipu dan ‘cair’ dengannya.

Sebenarnya dia tidaklah begitu. Orangnya penuh misteri, ada saja yang dirancang bagi memastikan dirinya menang dan menonjol ke depan. Maklumlah peserta lain sudah membuktikan kekuatan masing-masing tetapi dirinya masih pada tahap itu juga.


SS dengar cerita, sebelum menyertai program itu lagi, dia jenis yang sosial dan ligat. Bukan sekadar ‘kaki clubbing’ dan terjebak dengan masalah alkohol, dia juga dikenali sebagai kaki penggoda yang suka menjerat lelaki kaya untuk dijadikan kekasih.


Memang SS terkejut tapi itulah kenyataannya. Kata rakan SS itu lagi, sebelum ini ada rakannya yang mengenalinya dan mereka terkejut apabila dapat tahu dia menyertai program realiti itu.

Berlaku juga beberapa insiden di mana dia cuba melakukan sesuatu yang menyusahkan orang lain untuk menunjukkan dirinya diva dan mula dikenali. SS harap dia hentikan sikap hipokritnya itu kerana lambat laun orang akan tahu juga perangainya yang sebenar.


SS: Pernah juga jadi hipokrit apabila terserempak dengan artis yang pernah nak menyaman SS dulu!

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/12
`