Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Sumbang perolehan 5% setahun



2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PENERBANGAN Malaysia (MAS) menjangka pertumbuhan perolehan lima peratus setahun daripada perkhidmatan sewa khas berikutan permintaan tinggi dan ketersediaan sumber.

Ketua Jabatan Haji dan Sewa Khas MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, tahun lalu MAS memperoleh pendapatan kira-kira RM200 juta daripada penerbangan sewa khas termasuk perkhidmatan haji.


“Khidmat penerbangan sewa khas satu perniagaan sampingan MAS dan kami hanya melaksanakannya apabila ada permintaan,” katanya di luar majlis menandatangani perjanjian antara MAS dan agensi pengembaraan, Apple Vacations & Conventions di Kuala Lumpur, semalam.


Melalui kontrak berjumlah RM2 juta itu, Apple Vacations akan menggunakan pesawat A330-300 MAS untuk memudahkan tiga penerbangan sewa khas secara langsung antara Kuala Lumpur dan Hokkaido, Jepun, Disember tahun ini.


Beliau berkata, syarikat penerbangan nasional itu melihat peningkatan permintaan bagi perkhidmatan sewa khas terutama bagi pengembara mewah dan inisiatif khusus seperti misi operasi pengaman dan penghantaran alat ganti automotif penting.


“Perkhidmatan itu tidak eksklusif kepada mana-mana individu. Kami juga menampung keperluan pelanggan korporat dan menerima banyak permohonan daripada individu serta pertubuhan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial