Rabu,19 Februari 2014

Tahniah, Harian Metro masuk Sabah!

SEJAK pembabitannya dalam AF8, banyak liputan mengenai Adira diberikan Harian Metro dan sisipan hiburan Rap. Malah gadis genit ini tidak menafikan akhbar No 1 ini menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan yang diraih selama ini.

"Kerana liputan yang selalu diberikan Harian Metro terutama sisipan Rap, menyebabkan nama saya lebih dikenali ramai. Malah saya juga bangga apabila Harian Metro turut memberikan liputan kepada rakan-rakan saya yang lain yang berasal dari Sabah. Ternyata tiada tembok pemisah antara kami di Sabah, Sarawak dan mereka yang berasal dari Semenanjung," katanya.


Apabila mendapat tahu mengenai Harian Metro Edisi Sabah dilancarkan hari ini, Isnin, Adira meluahkan rasa gembiranya.

Hakikat ini kerana sebelum ini untuk dia mahupun yang lain terpaksa mengikut perkembangan semasa dalam tempoh yang agak susah disebabkan akhbar mahupun majalah Semenanjung tiba lewat di Borneo.


"Saya sendiri sebelum ini banyak mengikuti perkembangan semasa menerusi Harian Metro terutama mengenai dunia hiburan tempatan dan luar negara. Pada saya sisipan Rap banyak berita terkini. Banyak perkara yang berlaku di Semenanjung dapat saya tahu melalui Harian Metro," katanya.


Adira akui, perkara sama juga akan dirasai penduduk Sabah sendiri. Dengan adanya Harian Metro di Sabah sekarang katanya, liputan lebih meluas dapat diberikan dan penduduk di Sabah sendiri akan dapat mengetahui apa yang berlaku di sana-sini dengan lebih cepat.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/06
`