KUALA LUMPUR: Tidak serik-serik. Itu yang boleh diungkapkan terhadap seorang lelaki berusia 35 tahun yang baru saja ditahan pada 12 Jun tahun lalu kerana memiliki cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan sekali lagi diberkas kerana kesalahan sama dalam serbuan polis di Cheras, kelmarin.
Menurutnya, polis melihat dua lelaki menaiki kereta Honda Civic warna hitam naik ke plaza itu sebelum kembali ke kenderaan membawa dua beg plastik kira-kira 50 minit kemudian.
“Mengesyaki dua lelaki itu melakukan kegiatan mencurigakan, polis menahan mereka. Hasil siasatan mendapati dua beg plastik yang mereka bawa itu mengandungi 81 DVD pelbagai tajuk tanpa perakuan sijil B.
“Siasatan lanjut, lelaki tempatan berusia 35 dan 32 tahun itu membawa polis ke sebuah premis di tingkat dua plaza terbabit yang dijadikan stor menyimpan DVD,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 (3) Akta Penapisan Filem 2002.
SHAH ALAM: Seorang bekas anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah ...