Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Tauke mercun tepuk dahi



2010/01/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PELABUHAN KLANG: Seorang lelaki yang menjadikan rumahnya di Lorong Sri Banang, Taman Sri Andalas, dekat sini, sebagai pusat simpanan mercun dan bunga api hanya mampu menepuk dahi apabila kediaman terbabit digempur sepasukan pegawai Cawangan Penguatkuasaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor di sini, semalam.

RAMPAS...mercun bernilai RM120,000 yang dirampas, semalam.
RAMPAS...mercun bernilai RM120,000 yang dirampas, semalam.
Dalam serbuan jam 12 tengah hari itu, suspek yang juga tauke mercun sedang nyenyak tidur selepas penat membungkus mercun dan bunga api dalam bungkusan kecil.


Difahamkan mercun dan bunga api itu diseludup dari China dan dibawa masuk melalui laluan tikus di Thailand sebelum ia dijual di sekitar Lembah Klang sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.


Dalam serbuan di rumah teres dua tingkat itu, KDRM menemui sejumlah besar bunga api dianggarkan bernilai RM120,000 dan cukai/duti RM78,000.


Pengarah Kastam Selangor, Datuk Roslan Yusof, berkata siasatan awal pihaknya mendapati lelaki terbabit dipercayai penjaga di rumah berkenaan dan KDRM sedang menyiasat sejauh mana pembabitannya dalam aktiviti haram ini.


“Mercun dan bunga api ini dipercayai dijual secara kecil-kecilan di sini, manakala rumah ini dijadikan stor berikutan penemuan ratusan mercun dan bunga api,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial