Khamis,31 Julai 2014

Teknik pindah tanduk rusa

Oleh Hartini Mohd Nawi

TANDUK rusa atau ‘crown stag horn’ antara tanaman hijau yang sering dilihat menyerikan taman khususnya di sudut kolam air berpancuran.

Tanaman berkenaan juga hidup subur di kawasan atau tanah lembap.

Mudah dijaga antara faktor tanduk rusa menjadi pilihan kebanyakan pemilik kediaman.

Bagaimanapun, teknik penjagaan yang betul mampu menyerlahkan penampilan taman supaya sentiasa hijau dan menarik.

Foto

Foto

Foto

Foto

Foto


Berikut kaedah memindahkan tanduk rusa dari pasu asal ke pasu gantung:


Sediakan bahan-bahan:

  • Pokok tanduk rusa dalam pasu asal
  • Lumut kering atau sabut
  • Pasu gantung
  • Peralatan berkebun.

    Langkah 1
    Masukkan 1/4 lumut kering ke dalam pasu baru.

    Langkah 2
    Tanggalkan kelopak yang mencengkam dan picit keseluruhan pasu asal supaya akar tidak rosak ketika di keluarkan.

    Langkah 3
    Letakkan pokok berkenaan di tengah pasu.

    Langkah 4
    Bagi membantu kedudukan pokok lebih seimbang dan meningkatkan kesuburannya, masukkan sedikit lagi lumut kering atau sabut dan padatkan.

    Langkah 5
    Siram secukupnya dan gantung tanduk rusa itu di kawasan teduh untuk beberapa hari.

    Terima Kasih:
    MELATI EVERGREEN ENTERPRISE
    PT 8734, Jalan Langkawi Setapak, Kuala Lumpur.
    E-mel: melati_evergreen@yahoo.com.
    facebook Mohd Khaizam.

    Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/19
  • `