Khamis,31 Julai 2014

Teknologi hebat XPS 13

DELL memperkenalkan model terbaru laptop ultrabook, XPS 13 di pasaran Malaysia, teknologi hebat yang menawarkan jaminan perlindungan serta mesra perniagaan.

Pengarah Urusan Perniagaan Komersil dan Pengguna Dell Malaysia dan Singapura, Varinderjit Singh berkata, pihaknya melihat permintaan pengguna yang kukuh untuk model terbarunya itu, yang siap menawarkan ciri-ciri untuk perniagaan.

“Model XPS menawarkan kuasa profesional untuk berhubung, bekerjasama dan inovasi dengan ciri-ciri unik dan perkhidmatan seperti Dell ProSupport dan Modul Platform Selamat, memenuhi keperluan perniagaan di jabatan teknologi maklumat (IT),” katanya ketika ditemui sewaktu pelancaran model itu di ibu negara, baru-baru ini.

Varinderjit berkata, XPS 13 hanya seberat 1.36 kilogram didatangkan dengan Pakej Perkhidmatan Utama Dell yang meliputi perkhidmatan dalaman selepas diagnosis remote dan sokongan keutamaan pengguna serta jaminan menyeluruh selama setahun.


“Harga pasaran XPS 13 dengan pemproses i5 Intel Core berharga RM3,499 manakala model pemproses i7 Intel Core ditawarkan pada harga RM4,899. Mulai 1 April, Dell dengan kerjasama perkhidmatan Internet mudah alih 4G dengan suara terpantas Malaysia, Yes menawarkan pakej promosi Internet mudah alih 4G bernilai RM217 untuk 1,000 pembeli pertama XPS 13,” katanya.


Kelajuan Dell XPS 13 dipacu cip Intel Core i5 2467M (juga terdapat model Dell XPS 13 dengan cip Intel Core i7 2637M dual core), RAM sebanyak 4GB DDR3, ruang simpanan hard disk sebanyak 128GB SSD didatangkan dengan teknologi Intel Rapid Start untuk kepantasan maksimum ketika laptop ini dihidupkan.

Selain itu, ketahanan bateri didatangkan selama 8 jam, selain ciri-ciri port USB2.0 dan USB3.0, papan kekunci dengan ciri ‘backlit’ untuk kemudahan menaip di dalam gelap, WiFi, port Bluetooth, sistem operasinya menggunakan Windows 7 didatangkan dalam 3 pilihan versi - Home Premium, Professional atau Ultimate.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/10
`