Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Tetamu diundang kebas RM25,000

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

2010/01/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Niat murni seorang lelaki membantu anak rakan baiknya dibalas dengan pengkhianatan apabila melarikan barang kemas dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pekan Batu, Sentul di sini, Isnin lalu.

KUALA LUMPUR: Niat murni seorang lelaki membantu anak rakan baiknya dibalas dengan pengkhianatan apabila melarikan barang kemas dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pekan Batu, Sentul di sini, Isnin lalu.


Difahamkan, barang kemas terbabit bernilai hampir RM25,000 hanya disedari hilang mangsa berusia lewat 40-an kira-kira jam 12 tengah malam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, barang kemas yang hilang itu terdiri daripada dua utas rantai leher, empat bentuk cincin dan dua pasang subang.


“Mangsa hanya menyedari kehilangan barangan kemas yang disimpan dalam sebuah almari di rumahnya itu sebaik anak rakan baiknya berusia 20-an menghilangkan diri selepas menumpang di rumahnya pada malam berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, berikutan itu gerakan mengesan suspek dilakukan dan lelaki terbabit ditahan ketika berkeliaran di kawasan berhampiran PPR berkenaan kira-kira jam 2 pagi, semalam.

“Hasil siasatan mendapati suspek memajakkan semua barang kemas yang dicurinya itu di sebuah kedai pajak gadai di Chow Kit di sini.


“Kami juga yakin lelaki terbabit menggunakan wang berkenaan untuk kegunaan peribadi kerana dia tidak bekerja,” katanya.


Zainudin berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.


Dalam kejadian berasingan, Zainuddin berkata seorang pelajar kolej swasta di ibu negara kerugian hampir RM5,000 apabila disamun dua lelaki bermotosikal yang bersenjatakan parang di Sri Segambut, Selasa lepas.


“Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berumur 19 tahun diacukan parang sebelum diugut menyerahkan barang berharga milik mangsa.


“Mangsa gagal mengenal pasti wajah kedua-dua suspek kerana memakai topi keledar bertutup penuh. Lebih malang, pelajar terbabit juga gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal suspek kerana ketakutan.


“Antara barang mangsa yang disamun adalah satu unit komputer riba, telefon bimbit jenis Nokia N97 dan wang tunai RM450,” katanya.


Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.


Sehubungan itu, pihak berkuasa menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati terutama mereka yang berjalan berseorangan di tempat yang sunyi atau gelap.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial